MATI ITU BENAR, SYURGA NERAGA ITU BENAR. KP JOHOR INGATKAN ANGGOTA JANGAN AMBIL RASUAH
peringatan dan teguran daripada KP Johor kepada anggota Polis membuat ramai yang kagum. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mana terkenal dengan ketegasan beliau dalam memikul tanggungjawab. beliau yang mana banyak berjasa kepada negara dan pernah memerangi jenayah di cawangan khas bukit aman.
video yang dibuat naik oleh seorang anggota polis mengenai nasihat beliau kepada anggota polis kontigen Johor memberikan satu inpirasi dan peringatan tentang keburukan dalam mengambil rasuah dan beratnya memikul tanggungjawab sebagai pemegang amanah negara.
di dalam satu perhimpunan tahunan PDRM pada bulan 13 julai 2020. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay katanya supaya tidak mengambil rasuah dan berfikir sedalamnya jika ingin menjadi sebagai pembelot Negara. beliau memberi peringatan bahawa
“Bagi pegawai dan anggota polis Johor yang beragama Islam, saya ingin mengingatkan, mati adalah benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar, bangun daripada kubur dan dihidupkan semula adalah benar. sesungguhnya Syurga Neraka itu adalah benar.
"jadi berfikirlah dan ingat pesanan ini sekiranya tuan-tuan ingin mengambil rasuah atau bersekongkol dengan elemen-elemen pembelot" tegas beliau
ceramah pendek atau talkin yang dibacakan oleh beliau membuatkan para netizen terdiam dan bangga terhadap terguran dan nasihat yang diberikan.
untuk info yang lebih pasti
Đăng nhận xét