REMAJA BAKAR TAHFIZ DIPENJARA SAMPAI DAPAT PENGAMPUNAN AGONG




kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku tiga tahun lepas telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didakwa membunuh 23 orang individu dalam kebakaran tersebut. 

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman penjara terhadap remaja yang kini berusia 19 tahun sehungga mendapat perkenan yang di-pertuan Agong terhadap kesalahan yang dilakukan olehnya pada 14 september 2017 ketika pesalah berusia 16 tahun.

pesalah tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut seksyen 97(1) akta kanak-kanak 2001 oleh kerana ketika berlakunya tragedi tersebut pesalah di bawah umur dan tertakluk di bawah akta kanak-kanak

''dengan ini saya di bawah kuasa peruntukan yang ada untuk kesemua 23 pertuduhan dan kamu didapati bersalah memerintahkan ditahan dipenjara selama diperkenankan oleh YDPA dan terpulang kepada YDPA untuk menyatakan sayarat ke atas tahanan itu dari semasa ke semasa." kata Hakim Datuk Azman Abdullah

tertuduh didakwa dengan 23 pertuduhan , masing-masing menurut seksyen 302 kanun keseksaan dibaca bersama sensyen 34 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandotori jika disabit kesalahan

walaubagaimanapun seksyen 97(1) akta kanak-kanak 2001 memperuntukan pesalah di bawah umur 18 tahun yang tidak boleh dijatuhkan hukuman mati dan boleh digantikan dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti peruntukan seksyen 97(2) akta yang sama


tragedi menyayat hati itu telah mengorbankan 21 pelajar dan 2 orang guru yang dipercayai terperangkap di dalam asrama aras tiga . 



Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement