KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin mengatakan Individu kenamaan yang bukan bergel4r wakil rakyat, tid4k boleh menj4di penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, menegaskan perkara ini kerana ada golong4n 'VVIP' yang did4pati mahu disenaraikan dalam fasa pertama terbabit.
Malah, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menyarankan supaya wakil rakyat mengambil vaksin berkenaan secara b3rperingkat.
"Sebagai penjelasan, wakil rakyat memang ada dalam senarai fasa pert4ma. Cuma sekarang ini, VVIP bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh." katanya
"Untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua EXCO 'one shot' (sekali gus). Tidak bagus," kat4nya lagi melalui hantaran dalam Twitter beliau, hari ini.
Mengul4s dakwaan berlaku tindakan poto-ng giliran bagi menerima suntikan COVID-19 yang m3mbabitkan pegawai tertinggi ker4jaan negeri pula, Khairy berkata, beliau sangat mem4ndang serius isu berkenaan.
Justeru, katanya, perkara itu telah dim4klumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Khairy sekali gus meny4rankan supaya individu yang ada maklumat sup4ya tampil menyalurkannya terus kepada beliau bagi membolehkan sias4tan lanjut dilakukan.
"Saya pandang sangat serius isu 'queue jumper' (lompat giliran). Saya telah memaklumkan perkara ini kepada @DGHisham (Dr Noor Hisham) agar tiada pemotongan 'queue' (giliran).
"Whistleblower (pengadu) boleh hantar e-mel sec4ra anonymous (tanpa nama) terus kepada saya: kj@mosti.gov.my dan saya akan siasat," katanya.
Beliau berk4ta demikian dalam satu hantaran balas kepada isu dibangkitkan seorang doktor perubatan menerusi Twitter, hari ini.
Khairy turut kongsikan hantaran oleh individu itu dikenali sebagai Dr Rafidah Abdullah yang mendakwa menerima mesej mengenai isu potong giliran untuk menerima suntikan COVID-19.
Hantaran mesej dikongsikan Dr Rafidah menunjukkan satu tangkap layar mengenai dakwaan seorang individu tanpa nama berhubung isu potong giliran dikatakan berlaku di Kelantan yang membabitkan pegawai kerajaan negeri yang berpangkat tinggi.
Individu itu mendakwa bah4wa giliran petugas barisan hadapan yang sudah dis3naraikan lebih awal, terp4ksa ditangguh berikutan tindakan pegawai berk3naan.
sumber:
bertita harian
Đăng nhận xét