dilaksanakan PKPD, polis telah menyekat 13 laluan tikus di 3 buah kampung di Besut


 

BESUT - pihak Polis telah menyekat 13 laluan tikus yang sering digunakan oleh penduduk di tiga k4mpung dalam Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula jam 12.01 tengah malam ini hingga 27 Februari.

Antara kampvng terlibat ialah Kampung Darau-Awek, Kampvng Padang Baloh dan Kampvng Lepan Kejor.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, "kerja-kerja pemasangan kawat duri dan penghalang jalan (road barrier) telah dimulakan sejak petang"

"PKPD bagi kawasan ini akan dikawal seramai 58 anggota terdiri daripada pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)," katanya ketika melakukan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR), di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua penduduk di kawas-an ini tidak dibenarkan keluar masuk menjelang maghrib pada Sabtu.

"13 laluan tikus yang dikesan itu akan dipasang kawat berduri dan road barrier bagi memastikan tiada jalan tikus yang akan digunakan sebagai laluan keluar masuk.

"Berdasarkan prosedur 0perasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), semu4 aktiviti yang melibatkan keluar masuk perlu dihentikan.

"walau Bagaimanapun, kita akan sentiasa mengemaskini dari masa ke masa perkembangan SOP khusus dari MKN di tiga buah kampung ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan dan empat individu telah ditahan di daerah itu ekoran kegagalan mematuhi SOP MKN sejak PKP dilaksanakan.

Pada Jumaat, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti itu berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung situasi jangkitan Covid-19 di tiga kampung berkenaan.

Katanya, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah me-laksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif Covid-19 direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini.

sumber :

sinar harian


Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement