Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang tidak ada tandinganya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mana al-Quran merupakan kitab suci yang disusun rapi serta dijelaskan dengan terperinci untuk dijadikan rujukan kepada hambanya. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 1 :
الَر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ
Yang bermaksud: “Aliff laam raa. (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang maha bijaksana lagi maha tahu”
Al-Quran dan hadith merupakan sumber rujukan yang utama umat Islam. Untuk memahami al-Quran pula muncul pelbagai kitab tafsir dan muncullah corak pemikiran pengarang. Dalam perkara inilah adanya corak pentafsiran sama ada tafsir bil-Ma’thur atau tafsir bir-Ra’yi . dan ada juga sebahagian pengarang yang memasukkan israilliyat dan hadith-hadith palsu untuk menyokong tafsiran mereka. Pentingnya penulisan ini adalah untuk mengetahui dan berkongsi mengenai apa yang dimaksudkan dengan israilliyat dan riwayat isra'illiyyat dalam kitab tafsir khazin.
Penulisan ini hanyalah mengfokuskan tentang apa yang dimaksudkan dengan Israilliyat yang mana ia merupakan riwayat-riwayat yang bersumberkan kitab-kitab suci bani Israil atau riwayat-riwayat yang berpunca dari mereka sendiri. Selain itu, penulisan ini juga mengfokuskan mengenai riwayat isra'illiyyat dalam tafsir khazin.
2.0 ISRAI’LLIYAT
Istilah israilliyat adalah suatu yang mungkin tidak semua orang mengetahuinya walaupun telah lama didehkan oleh para ulama dalam pelbagai bidang. Israilliyat yang dimaksudkan adalah riwayat yang bersumberkan daripada kitab-kitab bani israil atau riwayat yang berpunca daripada mereka sendiri. Berbeza pula dengan istilah Syi’iyyat yang mana ia adalah riwayat-riwayat yang bersumber dari kitab-kitab Syiah atau berpunca dari riwayat-riwayat orang-orang syi’ah itu sendiri, walaupun ia berada dicelah-celah kitab karangan tokoh-tokoh Ahli Sunnah yang terkemuka.
Secara jelasnya, israi’liyyat adalah pegaruh budaya kaum yahudi dan kaum nasrani terhadap tafsir. Dalam maksud yang lain iaitu Adz-Dzahabi mengungkapkan bahawa isra’illiyat mengandungi dua maksud iaitu :
a) Maksud Isra’iliyyat adalah Sejarah atau cerita lama yang masuk kedalam kitab tafsir dan hadith yang bersumberkan dari yahudi dan nasrani atau selain keduanya.
b) Yang kedua adalah Cerita yang dimasukkan oleh musuh-musuh islam, baik yang datang dari yahudi ataupun dari sumber yang lain. Hal demikian itu, lalu ia dimasukkan kedalam tafsir dan hadith, walaupun cerita itu adalah cerita lama, dan memang dibuat oleh musuh-musuh islam yang sengaja ingin merosakkan akidah kaum muslim.
Menurut ahmad dan abdul kadir, 2004. Walaupun kesemua kisah yang terdapat di dalam tafsir al-Quran telah dipengaruhi isra’iliyyat, namun riwayat isra’iliyyat telahpun menyusup masuk kedalam tafsir al-Quran dan sedikit sebanyak empengaruhi pemikiran umat Islam. Tetapi telah banyak usaha yang dilakukan dalam menangani percampuran antara isra’iliyyat dan kisah-kisah dalam al-Quran. Contoh diantaranya, ulamatelah melakukan garis panduan terhadap penerimaan dan penolakan terhadap riwayat-riwayat israi’iliyyat yang betul serta menjelaskan kedudukan sanad riwayat tersebut dalam isi yang terkandung di dalamnya dan lain-lain.
Menurut pandangan Ahmad Khalil, isra’iliyyat ini tersebar luas dalam kalangan umat Islam dalam dua jalan iaitu
(a) Melalui orang yang sangat tekun mempelajari dan menyebarkan kisah-kisah. Ianya biasanya berlaku di masjid-masjid iaitu orang yang pertama membuat penyebaran kisah-kisah ini adalah keturunan bani umayah agar umat Islam terlena dan lupa akan penyimpangan yang dilakukan oleh bani umayah. Di antara kisah-kisah yang terkenal adalah Abu Musa Al-Aswari bin Salam.
(b) Yang kedua adalah melalui para sufi dan orang-orang syiah yang mana ia boleh dibuktikian oleh orang-orang sufi yang terlibat dalam penyebaran Isra’iliyyat di dalam kitab Fi-Hilyah at Thabaqat al-Asfiya. Kitab ini dipenuhi dengan riwayat-riwayat daripada taurat. Pengaruh mereka dalam penyebaran Isra’iliyyat telah dibuktikan oleh seorang orientalis Jerman dalam sebuah buku yang bertajuk asy-Syiah wa al-isra’iliyyat.
Kebanyakan Israilliyyat yang telah meresap masuk ke dalam kesusasteraan agama Islam adalah hikayat-hikayat tentang kejadian alam semesta dan kisah-kisah para Nabi sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Tidak dapat dinafikan bahawa ia telah mencelarukan pemikiran masyarakat Islam dan mengancam aqidah mereka berabad lamanya. walaupun setelah alim ulamak berganding tenaga sekalipun, masih terdapat saki baki Israilliyyat yang pernah diseludup masuk ke dalam kitab-kitab riwayat baik hadits mahupun sejarah. Di antara contoh Israi'liyyat yang terdapat di dalam tafsir ini ialah dalam mentafsirkan firman Allah s.w.t di dalam (Surah al-Kahfi ayat 94);
قَالُوا۟ يَٰذَا ٱلْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰٓ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا
Yang bermaksud :"mereka berkata: wahai Zul-Qarnain, sesungguhnya Ya'juj wa Ma'juj itu membuat kerosakan di muka bumi".
Berlakunya Israi’lliyat ini kerana penulisan tafsir pada zaman tabi’ein yang tidak menitikberatkan kepentingan kualiti isnad al-hadis yang menjadi sumber rujukan di dala tafsir bi al-mathur telah menambahkan lagi faktor perkembangan israi’liyyat. Ramai dikalangan ahli tafsir pada ketika itu yang mengabaikan metodologi sanad al-Hadith sehingga corak atau carapenafsiran mereka diwarnai dengan unsur-unsur Israi'liyyat. Sebagai buktinya, menurut Dr. Muhammad Hussein al-Dhahabi di dalam penulisan (Ishak Hj. Sulaiman), terdapat enam buah kitab tafsir yang sangat jelas mengandungi unsur-unsur Israi'liyyat dan diantaranya ialah
(a)Tafsir Muhammad bin Jarir al-Tabari yang bertajuk, Jami' al-Bayan fi Tafsir al-Quran,
(b)Tafsir al-Hafidh Ibn Kathir yang bertajuk, Tafsir al-Quran al-'Azim,
(c)Tafsir Muqatil bin Sulaiman,
(d)Tafsir al-Tha'labi yang bertajuk, Al-Kashfu 'an Bayani Tafsir al-Quran,
(e)Tafsir al-Khazin, Lubab al-Ta'wilfi Ma'ani al-Tanzil
(f) Tafsir al-Sayyid Muhammad Rashid Reda yang bertajuk Tafsir al-Manar.
Secara umumnya para ulama bersepakat bahawa yahudilah sumber utama bagaimana tercerminnya kata Isra’illiyat ini. Apa yang boleh penulis simpulkan disini ialah bahawa Isra’iliyyat adalah kesemua cerita lama yang telah masuk kedalam tafsif dan hadith yang bersumberkan dari yahudi dan nasrani dan terbuktinya iaitu dengan bermulanya isra’iliyyat ini daripada orang yahudi yang memeluk agama Islam dan terbawa-bawa ajaran mereka yang sebelumya sehingga pemahaman dan penerapan bercampur.
Bahayanya isra’iliyyat ini sehingga dapat merosakkan akidah umat Islam kerana cerita-cerita yan mengandungi unsur penyerupaan, pengambaran dan menyifatkan Allah s.w.t selain itu, ia juga menggambarkan agama Islam adalah buatan manusia di mana ia adalah datu pemikiran dan khayalan yang sesat. Dalam masa yang sama ia memalingkan perhatian umat Islam daripada meneliti dan menyingkap rahsia-rahsia yang terkandung di dalam al-Quran.
RUJUKAN
Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah, 2006. Isra’iliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-KitabTafsir, Reka Cetak Sdn Bhhd
Rainah, 2015. Israi’iliyyat Dan Pengaruhnya Terhadap Tafsir Al-Quran, Journal
Munirah, 2017. Kotroversi Penggunaan Kisah Israi’iliyyat Dalam Memahami Ayat-Ayat Al-Quran (Kajian Komparasi Pemikiran Para Ulama). Tesis
Đăng nhận xét