Masih berbisa, Seorang warga Emas duduki SPM hari ini


 

selagi masih diberikan kudrat, tuntutlah ilmu kerana ia adalah jalan kepada kejayaan. hari ini merupakan hari yang dinantikan bagi pelajar SPM untuk menduduki peperiksaan sesudah sekian lama menunggu oleh kerana pandemik covid-19

hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup mereka sehingga banyak gambar-gambar yang dimuatnaik mencium tangan dan pipi ibu bapa sebelum masuk kedalam dewan sekolah. tetapi lagi mengejutkan apabila seorang warga emas dikatakan juga menduduki peperiksaan.

MALAYSIA: Seremban: Usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Itu yang dibuktikan seorang warga emas Salman Ahmad.

Meskipun usianya sudah mencecah 65 tahun, namunSalman mempunyai keazaman yang tinggi untuk terus menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali hari ini.

Salman adalah antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16,554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan itu bermula hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Tourism Malaysia telah bersara pada 2012, berkata keputusan itu dibuat kerana ia ingin membuktikan kepada seluruh m4syarakat khususnya bagi golong4n muda bahawa usia bukan penghalang untuk menimba ilmu dan m3mperoleh kejayaan.

“Dulu saya ambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) pada 1973, semua subjek dalam Bahasa Inggeris. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara dalam bidang Pentadbiran Awam. Sekarang saya ingin cabar diri saya untuk ambil SPM pula.

“Saya juga ingin beri contoh dan motivasi kepada anak cucu saya. Usia bukan penghalang untuk belajar, menuntut ilmu adalah proses sepanjang hayat,” katanya kepada pemberita selepas menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini hari ini.

Salman berkata keinginan untuk menduduki peperiksaan aw4m itu timbul sejak tahun lalu, namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu susulan penularan wabak Coviid-19.

Anak jati Negeri Sembilan itu juga turut berkongsi persediaan bagi menghadapi SPM kali ini, beliau membeli beberapa buku ulang kaji sejak tahun lalu dan adiknya yang bertugas sebagai guru turut memberi tunjuk ajar serta mengikuti pembelajaran secara dalam talian jika ada kelapangan.

“Keluarga saya banyak beri sokongan dan galakan. Saya tidak malu, saya tidak hairan apa-apa orang kata, kata orang tua-tua tuntutlah ilmu sehingga ke negara China dan dari buaian hingga ke liang lahad,” katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak itu berkata selain mengambil subjek Bahasa Melayu sebagai peringkat permulaan, beliau mengambil dua lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Sejarah selain b3rhasrat juga untuk mengambil subjek lain pada tahun hadapan sekiranya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2020.

Malaysia mencatat sejarah apabila seramai 401,105 calon di seluruh negara menduduki peperiksaan SPM 2020 dalam norma baharu ketika negara masih ‘berperang’ dengan Coviid-19 yang dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.

hari ini merupakan Hari pertama peperiksaan dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 pada 8 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2 petang ini d3ngan sebanyak 48,014 pengawas peperiksaan yang ditugaskan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya SOP.

sumber :

rentasmalaysia

Post a Comment

To be published, comments must be reviewed by the administrator *

Mới hơn Cũ hơn
Post ADS 1
Post ADS 1