aksi cubaan mencuri atau memecah masuk oleh seorang lelaki gagal apabila percubaannya disedari oleh pemilik rumah. mungkin kegiatannya sebelum ini berjaya tetapi kali ini percubaanya gagal, pepatah melayu ada mengatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. begitulah nasib seorang lelaki yang dilaporkan.
Kota Kinabalu: Bukan saja gagal memecah m4suk kesebuah rumah di Taman Khidmat, di sini, semalam, malah dia terp4ksa memanjat bumbung rumah selepas ianya dikejar dua ekor anjing peliharaan pemilik kediaman berkenaan. Itu nasib malang seorang penjenayah berusia 38 tahun yang akhirnya ditahan polis.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, kehadiran suspek untuk memasuki rumah disedari pemilik rumah sebelum menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, si4satan awal telah men-dapati bahawa suspek dipercayai cuba memecah masuk ke rumah berkenaan.
"Kehadiran suspek disedari penghuni rumah yang berusia 65 tahun yang terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera. Bagaimanapun katanya, suspek telah dikejar dua anjing menyebabkan dia sukar melarikan diri dan terpaksa memanjat bumbung rumah. katanya
sejurus selepas itu, "Sepasukan polis terus bergerak menuju ke tempat kejadian sebelum berjaya menahan suspek dan membawanya ke Balai Polis Luyang untuk diambil tindakan yang selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika ditahan, suspek turut didapati memegang sebatang besi.Katanya, dan hasil ujian air kencing yng dibuat terhadap suspek didapati positif syabu.
"Semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau di IPD Kota Belud, mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya.
sumber :
harianmetro
Đăng nhận xét