PEKAN: Prihatin tehadap nasib mangsa-mangsa banjir yang mengalami kemusnahan dan kehilangan harta benda, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan bantuan bagi membina rumah baharu kepada yang terjejas.
Baginda berangkat untuk melawat tapak pembinaan dua rumah baharu masing-masing di Kampung Sung4i Gangchong, Acheh dan K4mpung Tanjung Pulai, di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong tiba di tapak rumah pertama di Kampung Tanjung Pulai pada kira-kira jam 4 petang dan di-sambut Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkipli.
Baginda diiringi oleh e-mpat anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Dalam lawatan berkenaan, baginda turut berkenan mendengar taklimat daripada wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) berkenaan pembinaan rumah milik Mohd Khanafiah Abu Bakar, 52, itu.
Rumah setingkat yang dibina dengan kos RM100,000 itu dijangka akan siap dalam tempoh 16 minggu dan akan dibina dengan tiang setinggi 2.4 meter dari aras tanah supaya terhindar daripada banjir.
Sebelum ini rum4h milik Mohd Khanafiah di kawasan berdekatan tapak pembinaan rosak teruk 4kibat arus kuat yang telah melanda kampung awal bulan lalu.
Yang di-Pertuan Agong kemudian berangkat ke tapak rumah kedua di Kampung Sungai Ganchong, Acheh milik ibu tunggal, Norhasnah Mat Yunos, 60.
B4ginda turut meminta kontraktor yang dilantik agar menyiapkan rumah berkenaan mengikut masa dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
credit :
berita harian
Daulat tuanku, semoga dengan bantuan dan perihatin yang diberikan daripada tuanku kepada rakyat mendapat balasan disisi tuhan.
Đăng nhận xét