Viral satu video yang dimuatnaik yang memaparkan seorang lelaki membalas pertanyaan polis sambil melemparkan kata-kata kesat tular di media sosial sejak semalam yang dilaporkan berlaku di sekatan jalan raya (SJR) di Nibong Tebal,
K3tua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan pada 18 Februari lalu sebelum video berkenaan tular di media sosial.
Menurut kenyataannya, ketika kejadian, pihak anggota d4ri Balai Polis Nibong Teb4l telah menahan sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun yang hendak merentas negeri pada kira-kira jam 5 petang.
“Selepas pemeriksaan, dia tidak mempunyai kebenaran untuk merentas negeri semasa melalui SJR.
“Lelaki itu didapati bergerak dari Butterworth (daerah Seberang Perai Utara) hendak ke Bagan Serai, Perak,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Beliau turut berkata, ketika diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen mem4ndu, lelaki berkenaan telah membaling kad-kad t3rsebut ke arah anggota polis yang bertugas.
“Disebabkan itu, pihak anggota terus menahannya kerana bertindak kasar, serta tidak memberi kerjasama dan menghal4ng petugas menjalankan tugas SJR.
“Semasa proses tangkapan hendak dilaksanakan, dia telah mengeluarkan perkataan k3sat kepada pihak anggota polis yang bertugas dan ditahan selepas itu,” katanya.
Dalam pada itu, Chong Chern berkata, siasatan lanjut telah mend4pati lelaki berkenaan mempunyai rekod rawatan (sakit) mental di Hospital Taiping, Perak sehingga kini.
Kes berken4an disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16(1) Peraturan Penceg4han dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Sumber: kosmo!
Đăng nhận xét