Seorang Lelaki Berang, Pecahkan Cermin Kereta Gunakan Topi Keledar di Parit Jawa

 


Muar: Pihak Polis telah menahan seorang lelaki yang telah bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, dekat sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu adalah berpunca daripada perselisihan faham diantara penunggang motosikal yang berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.


"Punca kejadian adalah berkaitan c4ra pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan m3mecahkan c3rmin hadapan ker3ta m4ngsa.


"Suspek juga telah memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya," katanya dalam satu k3nyataan di sini.


Menurut Zaharudin, suspek yang ditahan pihak polis kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital.


"Pihak polis menasihatkan orang r4mai supaya tidak s3wenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.


Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam video berdurasi selama satu minit 38 saat itu menunjukkan seorang lelaki berang dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik seorang wanita di Pekan Parit Jawa , Muar.


berikut adalah video ang tular dilaman sosial yang menyaksikan seorang individu bertindak secara agrasif


Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement