SEORANG remaja lelaki yang berusia 17 tahun dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 akibat tidak mendaftar butiran atau mengimbas menerusi aplikasi MySejahtera sebelum memasuki ke sebuah kedai runcit di Batu Berendam, Melaka.
Pelajar Tingkatan Lima itu yang enggan dikenali, mendakwa bahawa dia dikenakan kompaun tersebut pada Ahad lalu, ketika bergegas ke kedai runcit berdekatan dengan rum4hnya bagi mendapatkan ubat parasetamol untuk ibunya.
"Saya hanya bertanya sama adakah terdapat jenama parasetamol dijual di kedai tersebut dan ketika keluar dari kedai, polis berpakaian biasa melihat saya dan mengeluarkan kompaun," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
"Saya tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan dan kompaun terus dikeluarkan, tetapi saya faham, pihak polis menjalankan tugas mereka," tambahnya.
Remaja itu berkata, dia mempunyai seorang adik perempuan yang masih bersekolah.
Tambahnya, pendapatan bapanya tidak cukup untuk membayar kompaun tersebut, sementara ibunya pula merupakan seorang suri rumah.
"Saya amat berharap, saya dapat membuat rayuan berhubung kompaun tersebut dan mencari wang untuk menyelesaikannya tanpa memb3bankan ibu bapa saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi b3rkata, pelajar tersebut boleh membuat rayuan kepada pihak pegawai kesihatan daerah (PKD) Melaka Tengah bagi p3ngurangan jumlah kompaun.
sumber :
The Star
Đăng nhận xét