Sedar tidak sedar hari ini merupakan hari yang ke-19 umat Islam menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Namun, disebalik itu, terdapat satu insiden yang cukup meruntun hati apabila khemah peniaga bazar Ramadan diterbangkan angin setinggi kira-kira 50 meter.
Video tersebut bagaimanapun, tular di laman sosial dan meraih simpati daripada warganet serta mendoakan semoga peniaga yang ditimpa ujian agar dimurahkan rezeki disebalik kejadian berikut.
Menerusi video yang dikongsi seorang lelaki berdurasi 30 saat itu, memaparkan khemah peniaga yang diterbangkan berikutan angin kencang serta hujan lebat. Jelas lelaki itu, kedai ibu bapanya telah mengalami kerugian susulan kejadian itu.
Harian Metro melaporkan, kejadian tersebut yang berlaku di sebuah bazar Ramadan di hadapan Masjid Asy-Syarif, Meru telah mengakibatkan beberapa khemah peniaga serta barang jualan peniagaan rosak. Ujar Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Hussin Ab Rahman pihaknya mengesahkan akan kejadian tersebut apabila dihubungi.
"Ada (kejadian angin kencang) tetapi tiada laporan diterima bomba setakat ini."
Prihatin dengan apa yang telah terjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menerusi satu posting di laman Facebook, menjelaskan akan membantu para peniaga yang terjejas akibat kemusnahan yang dihadapi oleh peniaga.
ribut yang melanda Meru dan bazar Ramadan antara yang teruk terjejas. Doakan tiada yang serius. Saya akan usahakan mana yang boleh untuk bantu mereka yang terjejas.
info : berita harian
Đăng nhận xét