BANYAK pihak yang merasa kesal, termasuk selebriti dan individu ternama apabila mendapat tahu berkenaan berita mengenai peniaga yang dikenakan kompaun sebanyak RM 50,000 walaupun mereka hanyalah berniaga di hadapan rumah sahaja.
Walaupun peniaga terlibat boleh membuat rayuan terhadap kompaun yang dikenakan, isu ini akan disiasat dengan lebih terperinci oleh pihak berkuasa.
Baru-baru ini, melalui satu perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter Zulhelmiekhari telah mendapat perhatian warganet mengenai ayat padu yang diluahkan oleh seorang pembaca berita mengenai isu ini.
Video tersebut menunjukkan pembaca berita, Luqman Hariz berkata, “ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut…” dengan nada yang kurang puas hati.
Jelasnya dalam rakaman yang dimuat naik, tindakan itu disifatkan seolah ‘otak di lutut’ kerana mereka yang dikenakan kompaun tidak masuk akal itu hanya penjaja kecil.
Walau bagaimanapun, ramai bersetuju dengan ayat ‘mendalam’ yang disampaikan oleh pemberita tersebut selain memuji tindakan beraninya menegur pihak yang sepatutnya. video yang telah viral itu telah mendapat perhatian yang sangat luar biasa.
dalam pada itu juga, hasil perkongsian yang lepas telah menunjukkan keprihatinan Netizen yang ingin membantu peniaga yang disaman kompaun Rm50,000
sumber: ohmybulan
Đăng nhận xét