Mayat Bayi Lelaki Dijumpai Sedang Dihurung Semut

 



KLANG: Mayat seorang bayi lelaki yang dip3rcayai telah ditinggalkan sejak dua hari lalu ditemui di tepi Jej4ntas Jalan Jepun Kampung Delek Taman Muhamad Yamin, di sini petang semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa yang dalam keadaan dihurung semut itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan wanita berumur 22 tahun.


"Kira-kira jam 6.12 petang itu, polis menerima aduan oleh seorang wanita yang menemui mayat seorang bayi di tepi jejantas berkenaan.


"Menurut wanita itu, dia menjumpai mayat bayi berkenaan ketika dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Sungai Sireh dari t3mpat kerja di Sungai Jati.


"Pada awalnya, wanita terbabit nampak sepasang suami isteri berada di lokasi, dan memberitahu ada mayat bayi, tetapi tidak menghubungi polis, lalu wanita itu telah menghubungi MERS 999 memaklumkan penemuan mayat bayi itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati, tempat kej4dian adalah bahagian bawah jej4ntas motorsikal Jalan Jepun di t3pi landasan kereta api.


"Jarak kawasan perumahan dengan t3mpat kejadian adalah 100 meter dan jarak dari landasan kereta api kira-kira 10 meter," katanya.


Beliau berkata, ti4da sebarang kesan kecederaan k3tika pemerikaan awal pada tubuh badan bayi itu dilakukan.


"Pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang hadir ke tempat k3jadian mendapati bayi lelaki cukup sifat, panjang anggaran kurang dari dua kaki bertali pusat.


"Bayi itu dijangka dibu4ng ke lokasi kejadian sekitar dua hari dengan keadaan dihurung semut.


"Polis juga masih menyiasat sama ada bayi berkenaan masih hidup atau sudah meninggal ketika ditinggalkan di situ," katanya.


Katanya, mayat bayi lelaki itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat pada jam 2 petang hari ini.


Pada masa sama katanya, siasatan dan usaha mengesan suspek diteruskan.


"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.


sumber: berita harian

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement