JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, membertitahu bahawa hanya 396 guru di negeri ini yang enggan mengambil vaksin COVID-19 kerana meragui suntikan itu.
Tunku Ismail menerusi muat naik di akaun Facebook baginda bertitah, baki 383 guru telah meng4mbil pendiri4n untuk menangguhkan pengambilan vaksin buat masa ini, manakala sebilangan guru lagi bersetuju m3ndaftar untuk mengambil suntikan itu.
"Berbanding jumlah awal seramai 779 guru dilaporkan enggan divaksin di Johor, hanya 396 yang enggan mengambil vaksin kerana meragui terhadap suntikan berkenaan.
"Baki 383 guru lagi mengambil pendirian menangguhkan pengambilan vaksin buat masa ini kerana mempunyai alahan, mengandung ataupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
"Sebilangan guru lagi kini bersetuju mendaftar untuk mengambil vaksin," titah baginda.
Pertemuan b4gi membincangkan isu berk3naan diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.
Ia disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, P3ngarah K3sihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan), Datuk Yahya Ahmad dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed.
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad menyert4i pertemuan itu secara maya.
Terdahulu, Tunku Ismail bertitah, baginda sudah mendengar ulasan daripada guru yang hadir mengenai isu yang mereka hadapi berhubung penangguhan mengambil vaksin itu.
"Dalam p3rjumpaan ini juga saya b3rkongsi maklumat mengenai program vaksinasi di Johor dan situ4si terkini pandemik COVID-19 di negeri ini.
"Saya berh4rap guru-guru ini sedar tanggungjawab mereka untuk sentiasa mengenengahkan pembangunan modal insan dengan menjadi teladan yang baik.
"Selain itu, saya juga berharap mereka akan mengambil vaksin sebelum sekolah dibuka semula demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
credit : berita harian
Đăng nhận xét