VIRAL satu video yang dimuat naik di laman twitter apabila seorang graduan memeluk ayahnya di atas pentas.
Majlis konvokesyen merupakan hari yang sangat dinantikan oleh setiap pelajar institusi pengajian tinggi. Ia merupakan hari yang cukup istimewa kerana diraikan selepas berhempas pulas menghabiskan tempoh pengajian yang sudah tentu mempunyai cabaran yang tersendiri.
Lebih menggembirakan lagi adalah kehadiran insan penting seperti ibu bapa di dalam dewan untuk melihat anak tersayang menggenggam skrol tanda sudah tamat belajar.
Peluk ayah di pentas konvokesyen
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Safija apabila memeluk bapanya seusai menerima skrol ijazah.
Apa yang menariknya, dia memeluk bapa tersayang di atas pentas konvokesyen itu memandangkan bapanya adalah pensyarah di universiti tersebut. video yang dimuat naik itu telah menjadi satu inspirasi kepada anak muda untuk berjaya kata netizen.
credit: ohmymedia
Đăng nhận xét