KURUNG ANAK DAN DISIMBAH AIR PANAS
mak bapak dari neraka kata netizen selepas mendera anak lelakinya yang berusia 5tahun itu sehingga mati. sebelum ini anak kandung mereka dijaga oleh ibu angkat oleh kerana pasangan tersebut mengalami masalah kewangan.
Menerusi CNA, bapa mangsa, Ridzuan Mega Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara 27 tahun dengan 24 sebatan, manakal si ibu juga turut dipenjarakan selama 27 tahun ditambah 12 bulan sebagai ganti hukuman sebat, sebab di Singapura wanita tidak disebat.
Pasangan ini telah mengurung anak lelakinya tingginya 105cm ke dalam sangkar kucing berukuran 70cm (tinggi), 58cm (lebar) dan 90cm (panjang).
kedua-dua pasangan itu tidak bekerja dan Sekiranya disabitkan kesalahan membunuh, pasangan itu akan berhadapan dengan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.
Antara barangan bukti yang dirampas oleh pegawai polis dari kediaman mereka ialah cerek eletrik, sangkar besi kucing, playar, penyapu, cawan kaca dan segulung tali pintal.
sungguh kejam cara anak tersebut didera sehinggakan ketika anak tersebut disiram air panas diatas tapak tangan kerana makan susu tepung. memulas pusat mangsa menggunakan playar. Isteri suspek juga didakwa memukul mangsa dengan penyapu di bahagian badan, belakang dan kaki, selepas mangsa menafikan mengetuk tin biskut dan menumpahkan biskut di lantai dapur.
Bapa mangsa juga menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa dan mencucuh bara rokok pada lengan mangsa dan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju kerana mangsa mencuri susu tepung.
kasihan mangsa yang masih kecil dan baru nak mulakan hidup didera dengan kejam sehingga mati. anak merupakan anugerah daripada tuhan yang ramai pasangan diluar sana yang menantikan kelahiran. hargailah anugerah yang dikurniakan.
info penuh dan menarik : https://siakapkeli.my/2019/11/14/kanak-kanak-maut-dipercayai-disimbah-air-panas-ketika-dikurung-dalam-sangkar-kucing/
Đăng nhận xét