PUNCA TIDAK MEMPUNYAI KAWAN

DEPRESSION KERANA TIDAK MEMPUNYAI KAWAN

SUKA memendam perasaan dan tiada masa berkongsi masalah dengan keluarga mahupun rakan menjadi antara faktor wanita lebih cenderung menghidap masalah mental berbanding lelaki.


menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, ia berbeza dengan lelaki yang lebih suka berbual dan mempunyai masa untuk bersama rakan selepas waktu bekerja.

Katanya, ia mendorong mereka untuk meluahkan masalah dan mengurangkan tekanan yang dihadapi. kesukaran meluahkan perasaan menyebabkan berlakunya tekanan mental yang boleh mendorong mereka kejalanan yang tidak diingini.

menurut luahan seorang sahabat penulis, dia tidak mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan kerana ahli keluarganya tidak memahami zamannya yang kian maju ini. kerana terlalu memendam dan tidak mempunyai kawan dia secara suka rela mula terjebak dengan pelbagai gejala untuk memuaskan dirinya sendiri. katanya "keluarga dan kawan-kawan mahu dirinya dapat kepuasan tetapi dirinya tidak mendapat perhatian". tetapi apa yang bagus, saya selalu melihat jika ia mendapat masalah dia akan mengadu pada tuhan.

majoriti mereka yang memendam perasaan kerana tidak dapat meluahkan perasaan mendapat depresion yang boleh mengganggu maslah hormon dalam badan dan boleh mengakibatkan masalah mental sehingga boleh bercakap sendiri. sekarang kita dapat lihat terlalu ramai yang menghadapi masalah ini dan saya kagum dengan Radio Era yang juga menjadikan siaran tersebut untuk berkongsi masalah. 

bagi mereka di luar sana yang menghadapi masalah kemurungan. carilah seseorang kawan yang boleh mendengar masalah kita atau mendapatkan khidmatkan kaunseling. ia bukan tujuan untuk merendahkan diri kita tetapi untuk memulihkan diri kita dengan sebaiknya. penulis ini bukanlah seorang yang pakar dalam memberi motivasi dan mengubat penyakit.

sebaliknya, tujuan penulisan ini adalah bertujuan menyampaikan kerana terlalu ramai remaja di luar sana yang mengahadapi masalah depression. kini terbukti dengan adanya penulisan ini hasil daripada luahan remaja di luar sana. rata-rata diantara mereka adalah berpunca daripada keluarga yang menghalang mereka untuk berkawan tetapi tidak mahu menjadi kawan untuk mereka yang boleh membawa kepada keburukan yang tidak diingini berlaku.

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement