KENAPA PERLU MENUDUH ANAK TERLALU JAHAT HANYA KERANA ROKOK
ANAK PENDAM PERASAAN SAMPAI BERDENDAM
sudah pasti merokok merupkan satu tabiat yang boleh membahayakan diri sendiri tidak kira sama ada rokok atau vape. tetapi di sini kita perlu faham tidak semua perokok mahu berterusan merokok cuma ia mengambil masa dalam proses untuk berhenti oleh kerana kandungan nicotin yang terdapat di dalam rokok atau vape yang menyebabkan berlakunya ketagihan.
banyak kajian yang mengatakan tentang keburukan tersebut tetapi bukan mereka tidak sedar akan keburukan tersebut tetapi kesukaran untuk behenti secara mengejut adalah sangat sukar bagi perokok. buat ibu bapa di luar sana yang mempunyai masalah anak-anak ketagihan merokok atau vape. cuba berikan sokongan dan kasih sayang dalam erti kata lain menjadikan anak-anak sebagai kawan. perkongsian ini dibawa oleh seorang pemuda di mana beliau mahu berubah untuk berhenti merokok dan menghisap pod katanya. bapanya sering mengeluarkan kata-kata kesat dengan mengatakan maksiat apa kah yang tidak pernah engkau lakukan lagi.
beliau tidak berkawan dengan perokok. malah apabila berkongsi cerita, dia mengatakan bahawa hidupnya mula bosan dan kadang-kadang merasa tertekan kerana hidupnya tidak bebas dan ayahnya merupakan seorang yang panas baran. beliau tidak mempunyai kawan dan hanya berkurung di dalam bilik seperti anak dara. hidupnya kini tertekan kerana tidak dapat merasa kasih sayang daripada ibu bapa dan tidak mempunyai kawan untuk bercerita.
beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan hamba allah, cuma beliau hanya tersilap langkah untuk merokok bagi menghilangkan tekanan beliau. bukan mudah baginya untuk berhenti merokok sehingga beliau mengambil langkah untuk mengurangkan merokok dengan menghisap sekotak dalam tempoh seminggu. dia bukanlah seorang yang ketagih tetapi hanya sekadar menghilangkan rasa bosan pada dirinya walaupun ia tahu itu adalah tabiat yang buruk.
apa yang menyedihkan baginya. dia dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh bapanya yang tidak pernah menjadi kawannya sejak kecil yang hanya tahu untuk melepaskan marahnya. ayahnya mengatakan " dasar anak celaka, maksiat apakah lagi yang belum engkau lakukan? main anak dara orang? hisap dadah?" sehingga dipaksa melakukan urin test di hospital kerana dituduh menghisap dadah. sehingga beliau membuat keputusan untuk keluar daripada rumah untuk menenagkan fikiran.
saya faham seorang ibu bapa mahukan seorang anak yang soleh dan solehah. tetapi cuba kita letakkan kita yang berada di dalam situasi anak tersebut. cuba lihat diri kita dahulu dan tanya pada diri kita, pakah silap kita dalam mendidik. tidak semua perokok itu jahat dan adakah merokok itu lebih baik daripada melakukan maksiat kepada allah. bersyukurlah jika anak itu tidak meninggalkan solat. berdoalah agar anak-anak berubah menjadi lebih baik.
penulisan ini adalah perkongsian serba sedikit tentang luahan seorang remaja yang telahpun berusia 24tahun yang masih menuntut ilmu disebuah IPTA terkemuka. akhir kata daripada saya sebagai pendengar masalah, ibu bapa juga perlu lihat pada diri sendiri, adakah kita telah sempurna untuk masuk ke syurga? adakah kita tidak pernah meninggalkan bacaan al-quran?. renung-renugkanlah sebelum mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak yang tidak ada ganti dan akan menjaga kita sewaktu kita tidak mampu untukberjalan lagi.
pepatah melayu ini sering digunakan. terlajak perahu boleh diundur terlajar kata buruk padahnya. jadi inu bapa diluar sana tidak kisahlah anak kita seorang perokok atau pode. tapi cuba gunakan kata-kata nasihat yang boleh membuatkan dirinya berubah. banyakkan berdoa pada tuhan dan faham anak-anak kita. bukan kita sahaja yang mempunyai hati tapi anak-anak kita juga ada hati yang perlu dijaga, jadi fikir-fikirkanlah.
Đăng nhận xét