MANFAAT POKOK LIDAH BUAYA DAN KHASIAT ALOE VERA

MANFAAT POKOK LIDAH BUAYA

Aloe Vera atau lebih dikenali dengan nama Pokok Lidah Buaya. Tanaman ini adalah sejenis tumbuhan yang banyak kegunaan dan manfaatnya. tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang tahu bahwa tumbuhan ini banyak khasiat tetapi adakah anda tahu kegunaan tumbuhan ini sangat bermanfaat untuk kegunaan manusia samada dalam bidang perubatan atau kosmetik.



1. Pokok Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria

Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel yang terdapat pada pokok lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol yang mana  boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan.

2. Pokok Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan

Pokok Lidah Buaya adalah satu tumbuhan yang mempunyai  daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya dan biasaya digunakan bagi tujuan kecantikan dan digunakan di dalam produk kecantikan oleh kerana gel yang terdapat di dalam.

3. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)

Ulser mulut merupakan perkara biasa yang mesti dihadapi oleh semua manusia tetapi tahukah anda bahawa pokok lidah buaya ini dapat merwat  ulser mulut dengan baik.
banyak kajian yang mengatakan bahawa pokok lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan yang berkesan kepada bagi yang menghadapi ulser mulut.
Walaupun tidak setanding dengan ubat di farmasi tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai satu alternatif atau kaedah rawatan yang berkesan dan boleh mengurangkan rasa sakit.

4. Pokok Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar Dan Luka

kebiasaannya pokok lidah buaya ini digunakan dalam rawatan sapu berbanding rawatan makan. lendir yang terdapat di dalam pokok lidah buaya tersebut dapat menyembuhkan luka pada kulit dengan baik jika melecur atau melecuh dan jauh lebih baik. jangan sesekali menggunakan ubat gigi jika berlaku apa-apa pada kulit yang mungkin akan melambatkan proses baik pulih.

5. Manfaat Pokok Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit

pokok lidah buaya juga boleh dijadikan sebagai satu produk bagi menganjalkan kulit muka atau melambatkan proses penuaan.
Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel pokok lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.

6. Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)

dari segi kesihatan dalaman pula. pokok lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes). Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah. Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak pokok lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.

article dipetik : https://www.alraudhah.com/





Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement