KERAJAAN MENGAMBIL BERAT MENGENAI ISU PEMANDU DIBAWAH PENGARUH ALKOHOL
Isu pemandu dibawah pengaruh alkohol kini menjadi satu isu yang sangat dititik berat oleh pihak kerajaan sehingga membahayakan pemandu lain. terlalu banyak kes yang meragut nyawa pengguna jalan lain seperti Pekerja kurier yang maut dilanggar pemandu mabuk dan ada sehingga kehilangan kedua ibu bapa akibat daripada pemandu di bawah pengaruh alkohol telah mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan, mendesak kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan bagi menanganinya.
PUTRAJAYA: Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) meberikan hukuman lebih berat yang akan dikenakan kepada individu yang disabit kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau secara berbahaya.
Hukuman berat dikenakan kepada iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah membuat pindaan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara,
Pindaan itu, katanya, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, Julai ini, selain hasilnya adalah bersandarkan hasil pungutan suara diterima daripada 345,021 responden melalui proses pungutan suara dilakukan kementerian, baru-baru ini.
"Kita akan menyaksikan peningkatan mendadak ketiga-tiga hukuman bagi Seksyen 41 hingga 45 Akta 333.
Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda antara RM8,000 hingga RM20,000, jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 44 (a) Akta 333 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan menyebabkan kematian.
Hukuman sama turut diperuntukkan bagi individu disabit bersalah mengikut Seksyen 44 (b) Akta 333 kerana memandu dengan kandungan alkohol dalam badan, nafas, darah atau air kencing melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian.
Seksyen 45A (1) Akta 333 memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara maksimum setahun, jika disabit kesalahan kerana memandu, cuba memandu atau menjaga kenderaan ketika mabuk.
kerajaan juga sedia menurunkan had kandungan alkohol dibenarkan ketika memandu mengikut ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Ketika ini kadar ditetapkan ialah 35 mikrogram alkohol dalam 100 milimeter (mm) nafas; 80 miligram (mg) alkohol dalam 100mm darah atau 107mg alkohol dalam 100mm air kencing, berbanding paras disaran WHO (0.05g/dl)
“Sesiapa yang melebihi had ini akan terus dihukum,” katanya.
“Ia adalah bertujuan untuk membendung pemanduan mabuk yang menyusahkan orang lain. Kita jangan biarkan jalan raya kita sebagai jalan maut,” tegasnya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
"walaupun Ada pihak mahu kandungan alkohol pemandu ditetapkan pada paras sifar. tetapi, ia agak sukar kerana kandungan ubat batuk contohnya, akan ada bacaan alkohol dan ia akan diperhalusi," katanya.
semoga dengan adanya pindaan ini akan mengubah dan memberikan pengajaran kepada warga malaysia bahawa memandu di bawah pengaruh alkohol sangat memudaratkan pihak lain serta bebas kemalangan jiwa akibat pemandu mabuk.
info daripada : (BH )
Info penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/700212/hukuman-berat-menanti-pemandu-mabuk
Đăng nhận xét