jangkitan penularan covid -19 menunjukkan peningkatan. kemeterian kesihatan mengatakan bahawa rakyat Malaysia kurang patuh dengan SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan. sebagai contoh yang dapat kita lihat bahawa sewaktu menaiki kenderaan awam yang tidak mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka. tetapi apa yang kita dapat lihat pada hari ini bahawa mereka memandang remeh dan tidak mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
oleh kerana itu, Kerajaan telah membuat keputusan di dalam Mesyuarat Khas Menter-Menteri mengenai perintah kawalan pergerakan (PKP). Bermula pada 1 Ogos 2020 kerajaan telah mewajibkan pekaian pelitup muka di tempat-tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak adalah diwajibkan.
katanya orang awam boleh membuat pelitup muka sendiri mengikut spesifikasi yang dibenarkan oleh kementerian kesihatan yang akan dikeluarkan. tujuan ini adalah kerana bagi meringankan beban rakyat yang mempunyai isi rumah yang ramai terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Datuk Seri Ismail Sabri Yakub berkata bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia akan mengeluarkan spesifikasi pelitup muka yang akan diwarwarkan supaya orang awam dapat menjahit pelitup muka sendiri bagi meringankan beban.
semoga dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka akan menjauhkan diri kita daripada mudah dijangkiti oleh wabak tersebut. ingatlah bahawa peperangan kita untuk memerangi Penularan Covid-19 masih belum berakhir.
Đăng nhận xét