SUSAHKAH MENJADI WANITA SOLEHAH?




Tidak salah kalau saya katakan bahawa tidak susah untuk menjadi wanita solehah jika mengikuti syarat-syarat yang dikatakan oleh Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda " apabila seseorang itu menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga maruah dan mentaati perintah suami, maka perempuan itu akan dijemput masuk ke syurga mengikut pintu mana yang disukainya"(Riwayat Ahmad)

hadis di atas memberitahu bahawa setiap wanita, jika empat perkara tersebut dilaksanakan dengan sempurna, maka dia dialu-alukan menjadi penghuni syurga. tidak susah untuk menyempurnakan solat lima waktu. tetapi ia akan menjadi sukar jika tidak wujud keikhlasan dalam diri itu tiada dan melakukannya bukan kerana Allah s.w.t.

kita tahu bahawa wanita selalu sahaja tidak dapat menyempurnakan puasa pada bulan Ramadhan kerana adanya halangan. namun begitu, ini tidak bermakna wanita mendapat pengecualian yang kekal kerana puasa tersebut perlu diganti sebelum tibanya Ramadhan yang berikutnya. kerana tidak ada perasaan takut kepada Allah s.w.t tidak mustahil ada wanita yang langsung tidak mengantikan puasanya.

Menjaga Maruah diri pula bukanlah susah bagi mereka yang melindungi dirinya dengan perlindungan yang sebenar. mereka membaluti tubuh dengan tudung. memakai pakaian yang tidak menampakkan susuk badan kerana mereka sedar, hanya bakal suaminya yang hanya layak melihat perhiasan pada dirinya.

wanita yang solehah tetap berprinsip untuk menjaga maruah diri kerana itulah ciri-ciri wanita yang diberi penghormatan oleh Allah s.w.t untuk memilih Syurga yang ingin dihuni.

kepada wanita yang bergelar isteri, mentaati suami yang soleh adalah satu kerelaan, kepuasan dan kegembiraan yang tiada tolak bandingnya. justeru benarlah bahawa garis panduan agama,tugas suami mendidik isteri dan tugas isteri pula adalah mentaati suami.

bukankah mentaati seorang guru adalah menjadi adab menuntut ilmu? berusahalah wahai wanita di luar sana untuk menjadi wanita solehah yang patuh pada perintah suami selagi mana ia tidak membawa kepada jalan keburukan. kerana mereka juga turut memgang kunci syurga yang akan dipilih nanti.

ingatlah bahawa "wanita solehah solehah tetap berprinsip untuk menjaga maruah dirinya kerana itulah ciri-ciri wanita yang diberi penghormatan oleh Allah untuk memilih syurga yang ingin dihuni"

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement