Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebelum ini telahpun ditahan agensi terbabit, Md Rayhan Kabir ditahan diatas tuduhan palsu berkaitan layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan oleh Jabatan Imegresen Malaysia, pada jumaat.
menurut ketua pengarah, Datuk Khairul Dzaimee Daud, Md Rayhan Kabir 25tahun itu akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
katanya Md Rayhan Kabir ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen dari unit risikan operasi putrajaya di Setapak Kuala Lumpur. hasil daripada buruan selama dua minggu ini berjaya menumpaskan hasil apabila Md Rayhan Kabir berjaya ditahan.
Md Rayhan Kabir di mana telah membuat pelbagai dakwaan palsu sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membanteras penularan covid-19. Md Rayhan Kabir juga telah memberikan tomahan kepada aljazira yang menghasilkan laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara Malaysia.
pepatah melayu selalu berkata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. sudah jatuh dihalau pula kata Netizen. tindakan ini perlu diambil kerana dia telah mencemarkan nama baik Negara.
Đăng nhận xét