NAK JADI YOUTUBER PERLU BUAT LESEN RM50,000 DARIPADA FINAS



BETUL KE PERLU BUAT LESEN RM50,000 ATAU RAKYAT SALAH FAHAM




baru-baru ini heboh mengenai mengambil lesen daripada finas bernilai RM50,000 dan perlu mendaftarkan  nama syarikat Sendiri Berhad yang berdaftar tidak kira sama ada youtuber, tiktok, instagram, facebook atau mana-mana plateform yang boleh mengupload video dikejutkan dengan berita iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem yang mengambil lesen pendaftaran.

ramai netizen diluar sana menafikan bahawa ianya tidak logik mengenai akta tersebut. tetapi sebenarnya akta tersebut telah pun wujud dan telah lama digunakan tetapi ianya mahu diperbaharui.

jika betul akta tersebut benar-benar terjadi. apakah yang akan terjadi kepada youtuber yang telah berjaya,  busines yang memerlukan platform media sosial dan sebagainya. ia akan memberikan impak kepada mereka yang memerlukan kaedah mengupload video.

Pada 23 Julai 2020  FINAS telah mengeluarkan satu statement yang baharu iaitu rakyat Malaysia tersalah faham sehingga menimbulkan kemarahan daripada sesetengah individu mengenai kenyataan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia. Datuk Saifuddin Abdullah di Parlimen semalam iaitu berhubung isu penggunaan media sosial perlu memohon lesen daripada badan berkenaan jika memuat naik video.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nazri berkata " sudah jelas termasktub dalam akta Finas 1981 (akta 224) mengatakan ia hanya tertakluk kepada pembikinan video paparan umum secara profesional sahaja dan bukan berbentuk 'home based' seperti video peribadi.

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement