PERBEZAAN ANTARA DAUN SUP DAN DAUN KETUMBAR




Rata-rata tukang masak di hotel mahupun di kedai makan adalah lelaki. mungkin tidak dapat dinafikan juga ada antara suami yang juga pakar dalam memasak tetapi di sebalik kehebatan mereka dalam memasak pasti ada kelemahan.
salah satu masalah yang kita boleh lihat adalah dalam membezakan bahan dalam masakn seperti kunyit dan halia, daun-daun dan ulam-ulam yang banyak jenisnya.

penulisan ini adalah bertujuan berkongsi bagaimana untuk membezakan diantara daun sup dan daun ketumbar diharapkan dapat membantu wanita-wanita di luar sana dan lelaki yang mungkin diminta untuk ke kedai membeli bahan tersebut.


1. AKAR
jika kita lihat bahawa daun Sup ini akarnya lebih serabut

manakala daun ketumbar akarnya lebih besar dan lebih terurus


2.BAU
bau daun sup ianya lebih harum dan lembut

manakala bau bagi daun ketumbar lebih tajam dan kuat seakan akan bau sabun


3. BATANG
batang yang terdapat pada daun sup ini lebih panjang

bagi daun ketumbar pula batangnya lebih pendek dan besar


4. DAUN
inilah antara punca ramai diluar sana yang keliru kerana daunnya seakan akan tetapi jika diperhatikan dengan betul-betul
daun sup daunnya agak kasar dan tebal
manakala daun ketumbar ianya rimbun dan saiznya lebih kecil


5.KEGUNAAN
kegunaan dalam masakan pula ada bezanya di mana daun sup ini sering digunakan di dalam sup dan ada yang membuat hiasan dalam masakan mee goreng dan bihun kerana baunya yang harum

manakala daun ketumbar ini biasanya digunakan dalam tomyam, belum pernah orang gunakan daun ketumbar untuk masak dalam mee atau sup.

semoga bermanfaat dan jangan salah beli lagi ye. boleh share kepada pasangan anda untuk perkongsian ilmu bersama







Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement