KES BAHARU COVID-19 TELAH MENINGKATKAN ANGKA POSITIF COVID-19
pandemik covid-19 masih belum berakhir. kini kita dapat lihat Di luar Negara Malaysia masih mencatatkan kes Positif Covid-19 yang tinggi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia mengatakan bahawa Malaysia telah mencatatkan angka dua dijit sejak beberapa hari yang lalu.
"sudah pasti saudara saudari semua tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan Lock Down sekiranya kes-kes covid-19 terus meningkat" katanya
berkemungkinan kerajaan akan mewajibkan penggunaan penutup muku ketika berada di tempat awam. perincian tersebut akan diumaklumkan apabila keputusanya muktamad.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "kesan positif dapat dilihat daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi sepanjang tempoh pelaksanaan PKPP". Menurutnya juga, ekonomi negara mula rancak kembali dan rakyat dapat menikmati semula kehidupan dengan mengamalkan kebiasaan baharu.
"Namun, jangan kita lalai dan alpa. Saya nak mengingatkan sekali lagi pandemik Covid-19 masih belum berakhir. Jadi sama-samalah kita istiqamah dalam mengekalkan kejayaan melawan wabak Covid-19. kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
kita perlu bersedia dan terima norma baru ini dengan menjaga penjarakan sosial, selalu memakai penutup muka ketika berada di tempat awam dan menjaga kebersihan.ia adalah tujuan di mana bagi memutuskan menularan covid-19 kembali merebak. terutama ibu bapa perlu lebih mengawasi anak-anak supaya selepas sahaja pulang daripadad sekolah perlu membersihkan diri dahulu.
semoga Negara Kita kembali seperti norma lama bebas daripada pandemik covid-19.
Đăng nhận xét