TAHNIAH DAN SYABAS BUAT AHMAD NAUFAL


AHMAD NAUFAL BERJAYA MERIALISASIKAN IMPIANNYA,
KEKURANGAN SEBAGAI ORANG (OKU) TIDAK MENGHALANYA UNTUK BERJAYA




setiap manusia ada kekurangannya yang tersendiri. kejayaan itu bukan lahir daripada kesempurnaan hidup kita tetapi kejayaan itu datang dengan adanya usaha. 20/7/2020 dikejutkan oleh sidang media bahawa Ahmad Naufal Ahmad Suhaimi merupakan seorang OKU yang mampu membuka kedai gunting rambut yang mempunyai masalah pendengaran

menurut liputan Harian Metro mengatakan bahawa Ahmad Naufal berinteraksi dengan pelanggan menggunakan bahasa isyarat dan berpandukan gambar. Ahmad Naufal yang sudah berumah tangga telah menjadikan dirinya lebih kuat untuk lebih maju dan berdikari

Ahmad Naufal mengatakan kekurangan itu bukan alasan untuk berjaya dan disebabkan itu, dia nekad belajar sehingga memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

"Berbekalkan kemahiran itu, Ahmad Naufal berusaha mengumpul wang untuk dijadikan modal dengan harapan dapat membuka kedai dan Alhamdulillah, impiannya itu menjadi kenyataan," katanya

berkat usaha dan kesungguhannya Ahmad Naufal berjaya membuka sebuah kedai gunting rambut di Pontian Johor yang diberi nama Valor Barber Shop di mana beliau juga menggaji seorang pekerja yang juga merupakan seorang OKU.

Kini Ahmad Naufal merancang untuk membuka cawangan kedai gunting rambut bagi mengembangkan perniagaannya. Menurutnya, dia berpuas hati kerana dapat berdikari dan membuka kedai miliknya sendiri walaupun berstatuskan OKU.
"Jika ada rezeki, sudah tentu saya mahu menambah cawangan di kawasan lain," katanya.

sama-sama kita menyokong perjuangan Ahmad Naufal yang merupakan seorang pemuda OKU dalam mencuburi di dalam bidang business. semoga apa yang diimpikan dapat dicapai dengan jayanya dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.


Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement