bapa tiri & ibu kandung aadik amir berdepan hukuman gantung




baru-baru ini, Malaysia telah digemparkan mengenai berit4 kematian seorang kanak-kanak lelaki bernama Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek yang mana dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapanya sehingga meninggal dunia bulan lalu.

Hari ini, pasangan suami isteri tersebut diheret ke muka pengadilan dan didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka diatas dua pertuduhan terhadap kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu. 


ibu kandung dan bapa tiri kepada Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek, kanak-kanak yang maut selepas dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, bulan lalu berdepan dengan hukuman mati mandatori selepas didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Melaka hari ini, lapor Kosmo!

walau bagaimanapun masih tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Mohd. Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, selepas sebaik sehaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, tertuduh sec4ra bersama-sama dida-kwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek berusia tujuh tahun.

Tindakan yang dilakukan tertuduh itu pada pukul 3.32 petang di sebuah rumah di Jalan KJ 19, Taman Krubong Jaya, pada 29 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Sumber:

 Kosmo

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement