baru-baru ini, telah berlakunya kekecohan mengenai perkhidmatan syarikat J&T mengenai penghantaraan barangan apabila beberapa kakitangan bertindak mencampak barang pelanggan sehingga tular video di media sosial,
Tidak lama selepas berlakunya kejadian itu, pihak yang ttelah terlibat tampil memohan maaf kepada semua rakyat Malaysia, selain kenyataan yang menafikan kejadian itu tiada kaitan dengan mogok atau bayaran komisen.
Walau bagaimanapun sekalipun, jangan kerana kesilapan yng lepas iungkit-ungkit kembali kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini kerana hanya lokasi tertentu sahaja yang mengalami masalah longgokan ‘parcel’.
video yang viral di aplikasi TikTok memaparkan kegigihan seorang pekerja J&T Express demi memastikan barang sampai ke tangan penerima membuatkan para netizen bangga dengan semangat yang dimiliki oleh pekerja tersebut.
Menerusi video berdurasi lima saat itu, dapat dilihat semangat seorang pekerja membawa banyak bungkusan yang penuh kiri kanan dengan hanya menunggang motosikal sehingga boleh menganggu penglihatannya.
“Pukul 5.00 petang. Semoga staf-staf J&T dan kurier lain tabah. ribuan Terima kasih kerana telh memberi perkhidmatan terbaik dan amanah dengan barang customers,” coret seorang pengguna @ellamustaffa.
PERKONGSIAN video mengenai ketabahan staf J&T terbabit yang viral di aplikasi TikTok.
Perkongsian wanita tersebut yang dikhabarkan berlaku di Semenyih itu dibanjiri komen-komen netizen yang turut bersimpati melihat pengorbanan pekerja berkenaan.
Kesiannya, gigih dia bawa banyak-banyak macam tu. Sabar ya semua nanti barang sampai. Hargailah penat lelah mereka, jangan tahu nak marah saja!
Sumber: Oh My Media
Đăng nhận xét