boleh ke ibu gadai emas untuk beli hanfon baru, sangat menyentuh perasaan para netizen



Jasa dan Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya tidak dapat dibayar dengan harta wang ringgit.

Namun, apa yang hanya boleh dilakukan oleh seorang anak adalah dengan memberi kebahagiaan dan menghargai mereka di saat mereka masih ada bersama kita.

video yang telah menjadi trending di laman sosial TikTok yang dikongsikan  oleh seorang gadis yang dikenali Bebo, menghadiahkan sebuah telefon bimbit baharu buat ibunya.

Reaksi ibunya ketika mendapat hadiah, begitu teruja dan sebak apabila menerima hadiah tersebut.

Kisahnya bermula, apabila seorang gadis yang mula berkongsi cerita di dalam video pendeknya di tiktok bahawa ibunya mengadu telefon bimbitnya sudah mula rosak.

Namun, gadis itu pada mulanya sama sekali tidak menghiraukan keluhan ibunya pada waktu itu. Apa yang lebih menyentuh hati, apabila ibunya menyuruh gadis ini menggadai gelang tangan emasnya untuk membeli telefon baru buatnya.

Boleh Tolong gadaikan rantai mama, mama nak beli phone, handfone lama dah hang

Tidak sampai hati mendengar keluhan ibunya, gadis ini membeli telefon baru sebagai hadiah buat ibunya hasil perniagaannya yang kecil selama ini.

menerusi video TikToknya yang berdurasi 1 minit itu, ibunya kelihatan sebak dan teruja mendapat kejutan daripada anaknya. Bahkan, ibu kepada gadis ini menangis sambil mencium tangan anaknya kerana gembira atas hadiah telefon bimbit yang diberikan oleh anaknya.

Janganlah nangis, orang kena happy dapat telefon baru .

Tidak berakhir di situ, si ibu berulang kali mengucapkan terima kasih dan bershukur buat anaknya diatas pemberian hadiah tersebut.

Ibu sebak

vieo yang dikongsikan itu Mendapat lebih 200k tontonan, serta mendapat koment-koment yang positif serta komen netizen yang sebak melihat video tersebut yang sangat menyentuh perasaan.

Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan supaya gadis ini dimurahkan rezeki. memang sedih sangat kalau tengok video ni!

untuk video penuh boleh ke acount tiktoknya  @bebozainuddin_

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement