Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata di dalam mesyuarat khas hari ini dn telah memutuskan tiga jenis perniagaan yang akan dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
jelasnya "Operasi pasar malam dibenarkan bermula jam 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP ketat iaitu jarak gerai satu meter antara satu sama lain, hanya satu jalan masuk dibenarkan dan kawalan ketat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
"Untuk kedai gunting rambut, dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dan hanya khidmat gunting rambut dibenarkan.
Selain itu, pengusaha perlulah mengikut SOP ketat seperti memakai topeng muka dan pelindung muka (face shield), sarung tangan serta apron pakai buang bagi setiap pelanggan.
dalam pada masa yang sama, Pengusaha juga perlu mencuci peralatan digunakan dengan air panas setiap kali selepas menggunting rambut pelanggan, katanya.
sumber :
berita hrian
rentasasia
Đăng nhận xét