JAIS minta Ibu Yati bagi keterangan


 

baru-baru ini siasatan telah dilakukan berhubung ajaran sesat atau diberi nama 'agama melayu' yang dikatakan telah dibawa oleh individu dikelai sebagai 'ibu yati' atau nama sebenarnya  Wan Noor Hayati Wan Alias

Ibu Yati telah dipanggil oleh pihak jabatan agama Islam Selangor (JAIS) untuk hadir memberikn penjelasan mengenai ajaran sesat atau dikenali sebagai Agama Melayu.

walau bagaimanapun “Kes ini masih dalam siasatan,” katanya.



Fahaman itu menjadi satu perbualan warga maya baru-baru ini selepas tersebar rakaman video yang memaparkan se0rang wanita yang dipercayai Ibu Yati melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara.

Ibu Yati atau Wan Noor Hayati bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkan ia tuduhan jahat dan membuat laporan polis.

Setakat ini, lebih 10 laporan polis yang telah dibuat berkaitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap wanita itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, polis turut membuka kertas siasatan terhadap Ibu Yati yang dikaitkan dengan fahaman Islam Melayu.

Terdahulu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu dibawa oleh individu yang dikenali sebagai ‘Ibu Yati’.

Beliau berkata, kelahiran agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu itu telah menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan mengakui membawa ajaran Islam Melayu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ajaran tersebut jelas sesat dan pihak berkuasa agama sedang menyiasat perkara berkenaan bagi mengambil tindakan lanjut.


sumber :

sinar harian


Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement