daripada allah s.w.t kita diciptkan dan kepadanya kita akan kembali, semua makhluk ciptaanya pasti akan menemui mati.
tragedi yang berlaku apabila seorang isteri yang kehilangan suami. Hati isteri mana yang tidak sedih apabila perlu menerima hakikat bahawa insan yang sentiasa menemani dan ada untuk berkongsi kasih sayang, suka dan duka telah pergi dijemput Ilahi.
Seperti satu perkongsian di laman Facebook Skuad Pengurusan Jen4zah – SPJ Malaysia yang berkongsi cerita mengenai kasih seorang isteri terhadap ar-wahh suaminya ketika mana pihak mereka dalam proses menguruskan jen4zah suaminya.
Berdasarkan perkongsian Skuad Pengurusan Jen4zah (SPJ), mereka turut mengatakan bahawa wanita berkenaan kelihatan sangat sedih sehingga tidak dapat menahan air mata melihat pemergian suami tercinta.
Dia kemudian mencium sambil berbisik di telinga ar-wah suaminya berkali-kali seperti sedang memohon maaf kepada suaminya untuk buat kali terakhir.
Menurut sumber, pasangan suami isteri ini dikatakan berasal dari Kampung Gelam Semporna, Sabah.
“Si isteri berbisik sambil menangis teresak esak sambil mencium berulang kali wajah arwahh suaminya. Saya tidak memahami bahasa yang digunakan oleh si isteri sewaktu berbisik di telinga arwahh.
Selepas mencium wajah arwahh suaminya si isteri beralih kearah bahagian kaki. Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arwahh suaminya. Rupanya si isteri mencium kaki arwahh suaminya sambil berbisik sesuatu dan menangis”
Bercerita lanjut mengenai kisah itu, pihak SPJ mengakui sepanjang menguruskan jenazAh, ini pertama kali pihak mereka melihat situasi seperti ini. sungguh terkedu
Melihat keadaan itu, mereka percaya kasih sayang wanita berkenaan terhadap arwahh suaminya sangat mendalam dan setia hingga ke hujung nyA-wa.
“Ketika itu saya yakin si isteri sedng meminta ampun dan maaf dari arwahh suaminya. Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakan TETAPI saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arwahh.
Hampir 10 minit situasi tersebut berlaku. Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian. Kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta kepada suaminya”
SPJ menanggung kos pengurusan jenazah berkenaan
Sementara itu, SPJ meluahkan rasa berterima kasih kepada semua individu yang memberi sumbangan sehingga mereka mampu beroperasi sehingga kini selain dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Sumber:
Skuad Pengurusan Jenazah -SPJ Malaysia via Oh Bulan
Đăng nhận xét