WUHAN: satu Misi siasatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke negra China bagi mengesan asal-usul punca COVID-19 gagal mengenal pasti jenis halwan yang menjadi pun-ca kepada jangkltan coronavirus itu.
Pakar-Pakar percaya bahawa virus yang setakat ini menjangkiti 107,007,830 mangsa serta mengorbankan 2,336,339 nyawa di 219 negara di seluruh dunla, adalah berasal daripada kelawar dan mungkin telah dipindahkan kepada manusia menerusi mamalia lain.
Menurut satu penyataan ketua pasukan penyiasat China, Liang Wannian, walaupun jangkitan dipercayai ber-punca daripada haiwan, hos asal masih belum dapat dikenal pasti.
"Kajian kini menunjukkan virus ini boleh dibawa ke lokasi yang jauh jika berada pada produk sejuk beku, menunjukkan kemungkinan virus ini mungkin diimport, satu teori yang makin kerap dibangkitkan di China sejak kebelakangan ini.
"Pada masa sama, masih belum ada petanda mengatakan bahawa penyakit akibat COVID-19 sudah menular di Wuhan sebelum Disember 2019, apabila kes rasmi pertama dilaporkan," katanya.
Pakar asing WHO, Peter Ben Embarak, yang pernah bertugas di WHO Beijing selama dua tahun bermula 2009, telah menyokong dapat itu dengan menyatakan tiada 'penularan besar wabak' di Wuhan sebelum akhir 2019.
Misi siasatan WHO itu mencetuskan banyak isu diplomatik sebelum ia bermula lagi, dengan Amerika Syarikat (AS) menuntut siasatan yang terperinci dan menuduh China cuba menyembunyikan bukti awal pandemik covi-19.
Sementara itu, China menuduh AS cuba mempolitikkan siasatan WHO dan banyak sembunyikan rahsia serta mengenakan pelbagai halangan terhadap usaha antarabangsa bagi melakukan siasatan.
Sepanjang misi siasatan yang diawasi rapi itu, media dilarang menemui anggota pasukan siasatan dan hasil dapatan mereka hanya dikongsi melalui Twitter atau temu bual tertentu.
Malah, kumpulan itu hanya menghabiskan masa sejam di pasar makanan laut Wuhan, di mana kluster pertama jangkitan besar-besaran dilaporkan lebih setahun lalu.
Mereka juga dilihat menghabiskan beberapa hari di dalam hotel, dengan hanya menerima lawatan pelbagai pegawai kanan China, tanpa meninggalkan bandar penginapan mereka.
Bagaimanapun, penyelidikan lebih mendalam dilakukan di Institut Virologi Wuhan (WIV) di mana mereka menghabiskan hampir empat jam.
sewaktu Di sana, mereka turut menemui saintis China termasuk Shi Zhengli, salah seorang pakar coronavirus menjangkiti kelawar merangkap timbalan pengarah WIV.
walaubagaimanapun Sebelum ini, bekas Pre-siden AS, Donald Trump, beber4pa kali mengulangi teori kontroversi beliau mengatakan virus itu mungkin bocor dari institut virologi itu.
Saintis di WIV melakukan penyelidikan terhadap beberapa penyakit paling berbahaya di duni4 termasuk varian coronavirus kelawar yang mirip kepada COVID-19.
Beijing trdesak untk mematahkan kritikan berkenaan mengenai caranya mengendalikan kekecohan peringkat awal dalam menangani wabak itu.
Kini, ia menumpukan perhatian di negara sendiri dan luar negara berhubung cara menangani dan pemulihan daripada pandemik itu. - AFP
credit :
berita harian
Đăng nhận xét