Jumpa 3 objek misteri, Aeril Zafril ajak jumpa secara nyata jika dia ada melakukan kesilapan


PELAKON terkenal tanah air Aeril Zafrel mendedahkan bahawa dia dan keluarganya hampir menjadi mngsa shihiir apabila menemui tiga objek misteeri, baru-baru ini.

Aeril bagaimanapun merasa bersyukur apabila perbuatan syirik itu berjaya dikesan selepas dia menerima bantuan daripada seorang ahli agama.

“Setiap orang adanya ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.

“Begitu juga dengan saya, Alhamdulillah… Allah hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif.

“Saya dan keluarga tersayang terselamat daripada permainan ilmu s. ihir seseorang baru-baru ini, ” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.



Perkongsian Aeril zafril di Instagramnya mengenai usaha seseorang melakukan sih. ir terhadapnya dan ahli keluarganya.

di dalam kapsyen tersebut, dia turut berkongsi gambar ketika menemukan tiga objek misteri yang seakan-akan besi gangsa bersama ukiran yang tidak boleh difahami maksudnya.

Namun pelakon filem terkenal tanah air ini tidak menyatakan lokasi dimana dia menemui objek mi- steri tersebut.

"mungkin ada s4lah silap dan khilaf yang telh saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihk yng terasa hingga tergamak melakukan prc0baan sih. ir itu". katnya

Dalam masa sama, dia turut memaafkan individu tersebut dan hanya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah untuk melindungi keluarganya itu.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hati sehingga tergamak melakukan percubaan si-hir itu.

“Sejujurnya saya memaafkan perbuatan ani. aya pihak itu kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada Allah Rafiqul A’la. Semoga bertaub. at dengan sesungguhnya.

Aeril bersama isteri, Wawa Zainal dan tiga anak mereka.

“Saya mohon ampun maaf pada semua. Saya serahkan diri saya, isteri dan anak-anak kepada sebaik-baik tempat berlindung dan perlindungan Yang Maha Menyelamatkan Allahurobbi, ” ujarnya.

tidak mahu kejadian sama ini berulang, Aeril berkata dia terbuka menerima sebarang teguran dan bersedia untuk bertemu dengan individu berkenaan.

“Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melempiaskan am4rah atau menegur kesilapan saya, marilah bertemu secara nyata.

“InsyaAllah saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa ju-a kesalahan saya jika ada, ” katanya.

perkongsian bagi mengelakkan gangguan jin

Berwuduklah Sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang sentiasa mempunyai wuduk. Setiap orang muslim yang berwuduk akan sentiasa diawasi oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya”

Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:

“Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”

(Hadis Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

wallahualam

credit :

rentasasia




Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement