keluarga tertekan kerana anak yang baru irikan rumah tangga dikatakan telah bercerai

 


TANAH MERAH: "masjid yang baru dibina dikatakan telah berakhir dengan perceraian sedangkan anak dan menantunya bahagia, kata" Zalaha Hassan.

kata Zalaha Hassan, 57, telah mengatakan bahawa berita yang tersebar mengenai anaknya, Ahmad Faris Umar Alwi, 18, dan menantunya, Nurin Irdina Mohd Muhizan, 16, yang didakwa telah bercerai itu telah disiarkan sebuah saluran YouTube kira-kira seminggu selepas pasangan itu berumahtangga.

Beliau berkata, visual digunakan dalam saluran itu memaparkan gambar anak dan menantunya dalam persalinan pengantin seperti ditularkan ketika majlis perkahwinan mereka sebelum ini dengan mengambil ciapan Twitter milik pengacara televisyen popular, Fedtri Yahya yang mengatakan 'baru dua minggu dah nak bercerai sebab baru rasa tak bersedia, duit katering pun tak habis bayar lagi'.

Katanya, pada hari yang sama berita itu tersebar, Zalaha membuat keputusan menghubungi selebriti itu dan meminta penjelasan mengenainya.

"Fedtri memaklumkan tidak mengetahui apa-apa, sebaliknya ciapannya itu bersifat menyeluruh dan tidak merujuk kepada anak serta menantu saya, sebaliknya saluran YouTube terbabit mengambil kesempatan dengan mengambil ciapan dan meletakkan gambar pasangan pengantin itu.

"Tidak lama selepas itu, pihak saluran YouTube berkenaan menghubungi saya dan memohon maaf sebelum memadamkan video yang sudah tersebar dan tular di youtube dan telah ditonton lebih 100,000 penonton itu.

"Kami menganggap tindakan saluran itu tidak bertanggungjawab dan hanya bermotif ingin menarik pengikut saja kerana tidak lama kemudian, satu video permohonan maaf dimuatnaik di saluran terbabit," 




Zalaha berkata, enggan membiarkan perkara sama berlaku kepada orang lain dan pada masa sama ingin memberi pengajaran kepada saluran YouTube berkenaan, laporan polis telah dibuat pada 26 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.

Beliau berkata, laporan itu dibuat untuk mengambil tindakan saman sivil terhadap pemilik akaun YouTube berkenaan yang dianggap sengaja menyebarkan fitnah kepada mereka sekeluarga serta memburukkan nama pasangan pengntin yang baru diirikan.

selain daripada itu, Zalahh turut me-gatakan bhawa "Media sosial milik anak dan menantu saya bertubi-tubi 'diserang' pertanyaan adakah perkara itu (perceraian) benar berlaku hingga menyebabkan mereka tertekan.

"Saya turut mengalami tekanan sama kerana tidak pernah berdepan perkara sebegini sehingga menjejaskan kesihatan," katanya.

Sebelum itu, pasangan suami isteri terbabit bersama keluarga hadir ke Tetuan Hasif Kumar & Co untuk memfailkan mengenai saman sivil kepada saluran Y0uTube berkenaan.

dalam pada itu, peguam kepada keluarga berkenaan, Muhammad Hasif Hassan berkata, saman sivil ini adalah bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada pemilik saluran YouTube berkenaan agar tidak menyebarkan fitnah.

oleh itu, penulis disini menyarankan agar netizen-netizen diluar sana mengkaji dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkannya, sebaiknya dielakkan kerana ia akan memberikan kesan yang lain kepada penerima.

kredit :

berita harian













Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement