kalah tiket kapal terbang, caj RM 3,000 naik bor dari Aceh ke Malaysia



KUALA LUMPUR : telah berlakunya sekumpulan pelarian rohingya yang telahpun itahan  ketika cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui parairan selangor, selepas sahaja merikan diri daripada kem pelarian kerajaan inonesia di aceh. kesemua pelarian ini telah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM3000 setiap seorang bagi tiket perjalan mereka.

caj tersebut  adalah tambahan kepada RM5,000 yang perlu dilangsaikan ketika dibawa keluar dari kem pelarian di Bangladesh untuk ke Malaysia, sebelum bot mereka rosak dan terdampar di perairan Aceh, Indonesia.



menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Mohammad Rosli Kassim, berkata kadar bayaran tersebut diketahui setelah hasil siasatan terhadap empat suspek yang membabitkan dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak yang ditahan oleh pasukan itu.

"Mereka menyebut nama individu yang mengurus, kita percaya lelaki itu menjadi ejen membawa pendatang Rohingya dari Bangladesh ke negara ini, sebelum terdampar di perairan Aceh.

"telah Difahamkan, bayaran kepada ejen telah dibuat oleh ahli keluarga mereka yang berada di negara ini, sebelum ejen menguruskan kemasukan.

"Ejen sama dipercayai menguruskan kemasukan ke negara ini dari Indonesia sebelum keempat-empatnya ditahan di Pantai Morib, pada 29 Disember lalu," katanya kepada BH, semalam.

Kepten Mohammad Rosli Kassim berkata, empat pelarian itu dipercayai bergerak dari Bagansiapiapi, Sumatera dan perjalanan menggunakan b0t kuasa tinggi ke perairan Malaysia, dan mengambil masa kira-kira 90 minit.

"Ejen b-rkenaan turut menguruskan perjalanan dari kem penempatan pelarian di Lhokseumawe, Aceh (utara Sumatera) ke Bagansiapiapi.

"Sebaik saja tiba di negara ini, ejen akan menguruskan perjalanan dengan kereta ke beberapa rumah transit di Lembah Klang sebelum diambil ahli keluarga atau kenalan masing-masing," katanya.

Mengulas tangkapan itu, Mohammad Rosli berkata, pihak anggota Maritim Malaysia menyedari kehadiran sebuah bot pancung menggunakan enjin berkuasa tinggi di pesisir Pantai Morib, kira-kira jam 10.15 malam.

Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, katanya, keempat-empat penumpang yang berada di dalam bot itu terjun ke laut yang berselut kerana air surut pada waktu itu. "Mereka dapat ditahan tetapi pemandu bot sempat melarikan diri," katanya 

Mohammad Rosli berkata, dua pelarian dewasa yang ditahan itu akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, dan manakala dua orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.

credit :

berita harian

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement