USAHAWAN terutamanya golongan wanita perlu mempelajari serta mencontohi semangat yang dimiliki oleh seorang remaja perempuan Wan Noorulsyaffiqa Binti Wan Yusoff, 23 tahun, yang kini hanya menjalankan peniagaannya di tepi jalan dengan membuka bonet kereta.
melalui perkongsian Wan Noorulsyaffiqa di laman facebooknya Fifi Syaffiqa di mana dia merupakan seorang pelajar sepenuh masa di Uitm Shah Alam, cuba mencari pendapatan sendiri dengan menjual daging bakar danok frozen telah mendapat perhatian netizen.
Wan Noorulsyaffiqa mengatakan bahawa dia dan rakan kongsinya "terpaksa mencari duit lebih sebab before this kami buat Airbnb (homestay) dan juga disebabkan covid," katanya.
"perniagaan homestay ingin diusahakan terpaksa di lupakan . tetapi rumah masih perlu dibayar selepas habis morotorium tu. habis segala simpanan kami terpaksa guna"
"Jadi pemilik Tok Minah Frozen Food ni adalah merupakan salah seorang pelanggan Boss saya di pasar borong selangor . Disebabkan saya bekerja sampai jam 1 tghari shj. jadi saya mmg banyak kali terfikir untuk tambah pendapatan" katanya
"Bila peluang ini ada, jadi ia sedikit sebanyak menjadi titik permulaan utk kami berniaga. Kami plan mmg nak buat online sahaja pada asalnya. Tak ada plan nak berniaga pun dia tepi jalan". katanya.
Namun disebabkan kami nampak bahwa jualan online ni kadang2 ada naik turun nya, oleh itu, kami buat keputusan untuk cuba berniaga juga di tepi jalan iaitu secara (off line). Juga dgn konsep yg sama, menggunakan apa yang ada shj iaitu kereta dan papan tanda.
katanya lagi. "ini merupakan perniagaannya yang pertama dilakukan di tepi jalan, jadi tipulah kalau tak rasa takut orang tak nak beli takut dan kalau ada penguatkuasa, segan, malu lah. Tapi kami cuba untuk tolak ketepi semua perasaan tu.
Tambahan pula , warga bangi sangat supportive ada yang tunjuk thumb up even dalam kereta , menambah semangat kami utk terus berniaga.
dan dengan berkat doa ibu bapa, dan tunjuk ajar dari org yg berpengalaman, kami berjaya cuba kikis perasaan tu. Ni lah namanya kalau tak cuba, kita tak tahu.
"Kami bercadang untuk ambil lesen berniaga dan ingin tetap berniaga di Pasar Pagi Seksyen 1 Bangi pada setiap ahad pagi inshaAllah. Dan dalam masa yg sama jualan online pun kami laksanakan.
kepada warga bandar baru bangi yg teringin untuk makan Daging Bakar Danok by Tok Minah, boleh terus follow instagram @trafsly serta turut menyediakan perkidmatan cod
semangat yang dimiliki oleh seorang remaja wanita ini telah memberikan satu inspirasi di mana tidak ada kejayaan tanpa usaha. Semoga dimurahkan rezeki dan kejayaan buat kalian semua.
إرسال تعليق