seorang rider cuci tangan ada misi lagi penting, gambr terakhir menjadi kenangan buatnya




Baru baru ini, beberapa gambar suntingan yang memaparkan seorang rider penghantar makanan tular dalam kalangan warganet. Pemuda yang bernama Ahmad Uzair Abd Halim 22, menjelaskan semula makna dan simbolik di sebalik penghasilan gambar tersebut. Jelas penuntut bidang SYariah Islamiah di Universiti Al-Azhar,Mesir itu,Ahad lalu menjadi hari terakhir dia melakukan kerja sambilan sebagai rider bagi syarikat Foodpanda.

“Selepas sahaja balik ke Malaysia pada April yag lalu, saya ada buat perkhidmatan fotografi perkahwinan. Saya sekadar nak cari pendapatan tambahan.”Tapi job wedding banyak cancel, dah tak banyak… kemudian saya beralih kepada sebgai rider pada Disember lalu.”Lama-lama makin seronok, kerja yang santai. Tapi hari Ahad lepas saya dah gntung beg, sebab 16 Februari ini, InsyaAllah saya akan balik ke Mesir,” ujarnya.

Lebih gemar disapa Jai, dia akui foto yang mula tular merupakan hasil suntingannya sendiri. Katanya,minat ke arah bidang fotografi sudah bercambah sejak dia di bangku sekolah menengah lagi.” Saya setting kamera dan minta kawan tolong ambil gambar. Simbolik hari terakhir kerja. Saja nak bagi ada kenangan.



“Saya sekadar kongsi di Twitter, terkejut boleh ‘melet0p’ macam tu. Tapi Alhamdulillah semua komen positif.”Rasa seronok juga. Orang makin kenal bakat. Mungkin ramai tak tahu saya selalu buat manipulasi foto, .”Saya sebenarnya minat fotografi sejak Tingkatan 4. Saya belajar sendiri, bermula dari bawah.

“Sebelum ni pakai kamera telefon, pada tahun sebelu ini, saya ada beli kamera sendiri,” ujarnya yang dijangka menamatkan pengajian di Mesir dalam tempoh tiga tahun lagi.Menurut anak ketujuh daripada lapan beradik itu, dia juga berharap agar Covid-19 di negara ini cepat berakhir.

dalam pada itu, Dia juga sempat menitipkan pesanan kepada mana-mana pelajar di luar sana agar tidak takut untuk mencari kerja sambilan, sebagaimana yang dilakukannya.”Saya harap Covid-19 cepat berakhir. Kalau kata ada niat nak bekerja sambil belajar, boleh teruskan.”Sekarang banyak belajar online, mungkin ada masa untuk buat benda lain untuk cari pendapatan. Berniaga online pun boleh,” ujarnya lagi.Sehingga kini, foto pelajar itu bersama seekor panda menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

credit:

rentasasia

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement