MALAYSIA: Kuala Lumpur: “Saya mengaku silap kerana tidak me-makai C0li ketik4 itu, namun ia bukanlah satu alasan untuk anggota polis berkenaan melayan saya sedemikian,” kata kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Anita, 24.
Menceritakan semula pengalamannya apabila di-ganggu secara sksval oleh seor4ng anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) Jalan Duta, di sini, Anita memaklumkan dia dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam, Selangor selepas mengambil barang pada jam 7 malam semalam.
Anita berkata, dia kemudian ditahan oleh seorang anggota polis yang membuat untuk pemeriksaan di SJR berkenaan.
“Anggota polis berkenaan meminta saya menunjukkan surat kebenaran (rentas negeri) serta lesen memandu, namun saya gagal menunjukkan lesen memandu keran4 dia terlupa membawanya bersama.
“Dia (anggota polis) kemudian meminta saya untuk memberhentikan kenderaan 4 rado di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut. Ketika pemeriksaan itu, dia menegur saya yang hanya memakai baju tidur tanpa C0li.
“Tindakan dia menegur perkara itu (tidak memakai C0li) menyebabkan saya menjadi malu dan terus menutup dada kerana tidak selesa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, anggot4 polis ber-kenaan juga memintanya membuka baju tidur untuk ditunjukkan kepadanya sebagai buk-ti bahawa dia betul-betul tidak memakai C0li.
“Dia minta saya supaya membuka baju untuk tunjuk sama ada saya memakai C0li ataupun tidak. Malah, dia seolah-olah mengugut dengan memberitahu akan menyaman saya sekiranya tid4k berbuat demikian.
“Saya yang marah dengan tindakannya itu kemudian memintanya supaya memberik4n saya sam4n sekira-nya ada melakukan kesalahan. Namun, anggota berkenaan terus pergi ke khemah dan mengambil telefon bimbitnya.
“Dia kemudian meminta saya memberikan nombor telefon sebelum saya di-benarkan meneruskan perjalanan pul4ng,” katanya.
Katanya, sebaik tiba di rumah, dia menerima panggilan telefon daripada anggota polis itu yang mengajaknya keluar bersama.
“Saya menceritakan perkara itu kepada rakan yang kemudian menyarankan supaya membuat hantaran berhubung kejadian itu di media sosial sebagai pengajaran kepada orang lain,” katanya yang membuat laporan kejadian di Balai Polis Shah Alam, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
“Kes itu masih dalam siasatan dan pihak kami sudah membuka kertas inkuiri berhubung kejadian terbabit,” katanya.
credit :
rentasmalaysia
Đăng nhận xét