Kilang Proses makanan Disita, kerana guna logo Halal yang tidak Sah

 

DI IPOH - satu Produk makanan bernilai yang bernilai RM21,623 milik sebuah kilang yang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Ipoh disita apabila didapati menggunakan logo halal yang tidak sah.

Tindakan berkenaan diambil setelah hasil serbuan Ops Halal yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Selasa.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan yang dijalankan adalah hasil maklumat awam itu telah mendapati kilang berkenaan beroperasi dengan memproses makanan iaitu roti dan biskut.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, pemilik premis gagal mengemukakan sebarang perakuan halal oleh pihak berkuasa.

"Anggota penguat kuasa telahpun menyita dokumen, barangan pembungkusan, bah4n mentah dan lain-lain untuk sias4tan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Rampasan juga turut dil4kukan memb4bitkan 400 bungkus biskut yang siap dipek, 24,000 unit beg plastik kosong roti dan 4,345 unit beg plastik kosong biskut yang kesemuanya menggun4kan perbahasan

halal," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kilang juga mendapati syarikat terbabit turut ada menyimp4n barang kawalan iaitu gula dan t3pung gandum tanpa permit menyimp4n barang kawalan berjadual yang sah.

Bagi kesalahan itu, katanya, sebanyak 285 guni tepung gandum yang setiap satu seb3rat 25 kilogram bersama 500 kilogram gula p4sir telah disita membabitk4n nilai RM15,990.

"Kes itu kini disiasat di bawah seksyen 7(4) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dik3nakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penj4ra tidak melebihi tiga tahun, kes4lahan yang berikutnya d3nda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya," katanya.


sumber :

sinarharian    

Post a Comment

To be published, comments must be reviewed by the administrator *

أحدث أقدم
Post ADS 1
Post ADS 1