POLIS Kajang menemui seorang mayat wanita warga tempatan berusia 30an dalam keadaan terjerut di Taman Bangi Jalan Reko, Kajang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata bahawa pihaknya telah menerima panggilan mengenai seorang individu lelaki berhubung penemuan tersebut.
“Hasil pemeriksaan telah mendapati m4yat telah mati lebih dari tempoh 24 jam sebelum ditemui.
“Terdapat kesan jerut pada leher mayat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Zaid, mayat tersebut merupakan seorang petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Dalam masa sama, saksi kejadian juga yang merupakan kawan sekerjanya yang menuju ke rumah mangsa sebelum menemui mayat tersebut.
Pihak Polis menyeru agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian
semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
sumber :
mynewsMalaysia
Đăng nhận xét