Muhammad Hairi Amin atau terkenal dengan namanya MK-Clique menarik perhatian peminatnya apabila menyertai kelas agama bersama satu kumpulan agama
MK telah berkongsi gambar aktivitinya sewaktu berada dalam kelas agama itu menerusi laman sosial miliknya sejak beberapa hari lalu.
Kelas itu juga turut disertai beberapa rakan rapatnya termasuklah Mas Khan.
MK kelihatan sangat gembira dan seronok apabila menyertai kelas itu di sebuah kampung di Jerantut Pahang dengan pelbagai aktiviti dan diantaranya ialah menunggang kuda serta makan dalam dulang beramai-ramai.
MK yang sering menggayakan imejnya yang memakai gelang dan rantai emas.
walaubagaimanapun, penyanyi lagu Pulang juga telah menanggalkan rantai dan gelang yang dipakai sebagai tanda menghormati kelas agama tersebut.
Kelas yang disertai hanya tiga hari sahaja, selepas selesai MK akan pulang ke Kuala Lumpur dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.
semoga MK mendapatkan sesuatu yang baik daripada kelas agama yang disertainya itu kerana Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian.
sama-sama kita mendoakan semoga MK terus menanggalkan rantai leher miliknya
sumber:
mynewsMalaysia
Đăng nhận xét