Seludup 'PATI' guna bas Terkantoi

 


KOTA BHARU - Cubaan mengangkut 36 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand termasuk seorang kanak-kanak dengan menggunakan bas gagal apabila taktik itu berjaya dipatahkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu selepas b3rjaya menahan kenderaan itu di Wakaf Che Yeh, di sini pada Sabtu.


Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Nor Azizan Yusof berkata, kej4yaan itu adalah hasil maklumat berkaitan aktiviti p3nyeludupan PATI yang diterima oleh pihaknya.


"Semasa melakukan rondaan pada jam 7 pagi, pihak anggota PGA telah ters3rempak dengan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam ke4daan mencurigakan di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Menurutnya, anggota PGA k3mudian terus mengh4mpiri dua lelaki t3rsebut untuk melakukan pemeriksaan.


Beliau berkata, pemeriksaan ke atas badan kedua-dua suspek tidak m3mpunyai barang salah dan pasukan itu k3mudian mengarahkan lelaki tersebut untuk m3mbuka pintu bas yang b3rkunci ketika itu.


Nor Azizan berkata, pemeriksaan ke at4s bas itu memb4wa kepada penemuan seramai 36 orang PATI.


Katanya, hasil pemeriksaan PGA telah menemui 22 lelaki dan 13 perempuan serta seorang kanak-kanak.


"Kesemua mereka itu yang berusia antara 20 hingga 40 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.


"Selain PATI, kita turut menahan dua lel4ki tempatan bagi membantu siasatan," katanya.


Dalam kejadian lain pada h4ri yang sama, Nor Azizan berkata, dua lel4ki dan dua wanita dipercayai PATI warga Thailand berjaya ditahan di Kampung Dangar di sini.


Katanya, pihaknya turut m3nahan seorang tekong dalam s3rbuan pada jam 3.28 petang itu.


sumber:

sinarharian

Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement