baru-baru ini telah viral satu isue salah faham mengenai seorang jururawat meninggal akibat sakit jantung selepas menerima vaksin. isue ini telah membangkitkan satu persoalan dan salah faham kepada semua pihak. ia mungkin disebabkan oleh kenyataan article tersebut yang menyebabkan orang ramai salah tafsir dan menganggap bahawa penggunaan vaksin adalah bahaya.
pada hari ini telah keluar satu article pemohonan maaf daripada pihak harian metro bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai isue salah faham berkenaan.
Kuala Lumpur: Harian Metro ingin menjelaskan kekeliruan yang tercetus berkaitan satu laporan kematian seorang jururawat di Sungai Petani, Kedah yang disahkan meninggal dunia adalah akibat s3rangan jantung pada Rabu lalu.
Laporan itu yang disiarkan di laman web Harian Metro tidak bermaksud menggambarkan wanita berkenaan terkena s3rangan jantung b3rpunca daripada pengambilan vaksin Covid-19 sebelumnya.
Pemilihan tajuk berita yang tidak tepat menyebabkan timbul andaian kematian berkenaan b3rpunca daripada suntikan vaksin.
Justeru, Harian Metro memohon maaf di atas seb4rang kekeliruan yang mencetuskan keresahan mana-mana pihak s3jak berita berkenaan berlegar di media sosial.
Harian Metro akan terus menunaikan tanggungjawabnya sebagai penyampai maklumat d3ngan penuh berintegriti dan m3nyokong usaha murni kerajaan d4lam memerangi pandemik Covid-19.
sumber:
harianmetro
Đăng nhận xét