Menerusi satu perkongsian video di laman Facebook Penang Kini telah memaparkan kesedihan seorang pelajar mendapat satu berita kematian ayahnya selepas tamat sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berita tersebut dimaklumkan oleh ibunya sendiri dan kelihatan juga rakan sekelas menemani dia sewaktu bertemu dengan ibunya.
berikut adalah video yang yang sangat menyayat hati sehingga mendapat perhatian netizen yang turut bersedih apabila melihat video tersebut.
Video yang berdurasi 16 saat itu menarik perhatian ramai dan rata-rata sebak melihat perkongsian tersebut. Difahamkan, ibu kepada pelajar tersebut mengambil keputusan untuk tidak memberitahu berita itu kepada anaknya yang berada di asrama kerana dia sedang menduduki peperiksaan SPM. Ibu juga tidak mahu anaknya hilang fokus untuk menjawab peperiksaan.
sama-sama kita mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan semoga adik ini berjay di dunia dan di akhirat
sumber :
ohmymedia
Đăng nhận xét