Harga Daun Ketum Cecah RM180 Sekilo, Penyeludup Jadi Gelap Mata

 


KUALA KEDAH - Harga daun ketum yang kini telah mencecah RM180 sekilogram (kg) di Thailand telah menmbuatkan penyeludup berani membawa bahan terlarang itu ke negara seberang melalui jalan laut walaupun telah dikawal ketat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).


Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, maklumat risikan yang telah diterima mengesahkan harga pasaran semasa itu berbanding kira-kira RM40 sahaja di negara ini.


Menurutnya, pel4ksanaan sekatan jalan raya dan lar4ngan merentas negeri sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Perg3rakan Pemulihan (PKPP) menyebabkan penyeludup m3milih melalui laluan laut bagi menyeludup daun ketum terutamanya negeri di Kedah dan Perlis.


"Aktiviti penyeludupan menjadi semakin rancak melalui jalan laut berikutan pintu sempadan negara masih lagi ditutup," katanya pada sidang akhbar berhubung dengan r4mpasan satu tan daun ketum di Marina Habour, Kampung Seberang Kota, Kota Kuala Kedah pada Khamis.


Jelasnya, penyeludup itu menjadikan Kuala Perlis sebagai kawasan pilihan kerana kedudukannya yang hanya mengambil masa kira-kira 15 minit ke sempadan Thailand manakala Kuala Jerlun pula kira-kira satu jam.


Mohd Zawawi berkata, pasukannya berjaya menggagalkan cubaan menyeludup satu tan daun ketum di kedudukan 0.3 batu nautika dari muara Kuala Jerlun dengan menggun4kan bot fiber pada jam 5.10 pagi pada Rabu.


Menurutnya, sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke kawasan b3rkenaan hasil maklumat risikan dan telah mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran m3nuju keluar dari Kuala J3rlun yang bergerak dalam kead3an yang m3ncurigakan.


"Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua suspek bertindak melarikan diri dengan menukar haluan dan memecut laju ke daratan.


"Mereka nekad terjun ke laut dengan berenang ke kawasan paya bakau berlumpur berhampiran dan meninggalkan 90 bungkusan plastik berwarna hitam disyaki daun ketum d3ngan berat kira-kira satu tan di4nggarkan bernilai RM180,000," katanya.


Tambah Mohd Zawawi, semua hasil rampasan serta bot fiber dan enjin dianggarkan bernilai RM230,000 dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk dis3rahkan kep4da pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.


Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana peny4lahgunaan k3tum termasuk m3ngimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.


"Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih 4 tahun atau kedua-duanya,"katanya.


Sementara itu, Mohd Zawawi berkata, sebanyak 4,860 kilogram daun ketum bernilai RM497,000 dirampas sepanjang tahun lalu.


Bagi tahun 2021 sehingga Mac, sebanyak 2,300 kg daun ketum bernilai RM 414,000 berjaya dirampas di Kedah dan Perlis.


sumber :

sinar harian


Post a Comment

Mới hơn Cũ hơn

Iklan In-Feed (homepage)

" target="_blank">Responsive Advertisement