Menerusi perkongsian oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Sue Farahanis, di laman TikTok, menceritakan minat dan kasih yang mendalam yang ditunjukkan oleh anak sulungnya terhadap kucing. Bahkan, anaknya itu juga cepat ‘tersentuh’ apabila melihat kucing-kucing yang terbiar di tepi jalan.
anak lelakinya yang terlampau ‘obses’ dan sayang dengan kucing menyebabkan anaknya mudah didekati oleh mana-mana kucing yang datang kepadanya.
‘Kalau boleh semua nak bawak balik kata ibunya’
Jelas wanita ini, anaknya akan meminta untuk membawa pulang setiap kucing yang dijumpai di tepi jalan. Namun, hanya kucing-kucing yang mengalami cedera yang akan dibawa pulang untuk diberi makan dan dirawat.
Kucing kalau tengok Abang Long wajib mai akan manja. Bermula lagi drama air mata mintak nak bawak balik. Kalau diikutkan dah berpuluh ekor kucing dia bawa balik. Tapi yang betul-betul akan bawa balik kalau kucing itu cedera.
Namun, terdapat seekor kucing yang sering menerima ‘kunjungan’ anak-beranak ini menyebabkan anak kecil ini merayu untuk membawa pulang kucing tersebut.
Apa yang lebih meruntun hati, apabila anaknya mula risau apabila kucing tersebut dibiarkan tanpa diberikan makanan. Namun, kanak-kanak tersebut terpaksa ‘dipujuk’ si ayah untuk dibawa pulang.
Terpaksa kena angkat masuk kereta, sebab tidak mahu berpisah. Macam ni la, terlalu obses dengan kucing.
Đăng nhận xét