Kota Kinabalu: Sebanyak 30 rumah atas air musn4h dalam kebakaran di Kampung Meruntum, Lok Kawi, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, tiga anggota bomba turut dilaporkan cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika dalam menjalankan operasi pemadaman kebakaran.
Ketiga-tiga anggota terbabit sud4h dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) di sini, untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Md Ali Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.40 petang berhubung kejadian itu.
Katanya, sebanyak lima buah jentera dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam api kebak4ran daripada Balai Bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas.
"Seramai 33 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).
"Pasukan bomba yang menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan air t3rbuka untuk mengawal kebakaran," katanya.
Menurutnya, kebakaran membabitkan 30 buah rumah atas air.
"Terdapat tiga anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika menjalankan operasi pemadaman.
"Tiga anggota yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Katanya, operasi ketika memadam api kebakaran turut dibantu p4sukan Bomba daripada Angkatan Tentera Malaysia dari Kem Lok Kawi yang berada berhampiran kawasan kejadian.
"Operasi t3rkawal pada 8.01 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan bomba," katanya.
Difahamkan, pasukan Polis Diraja Malaysia turut ber4da di lokasi bagi membantu penduduk t3rjejas selain mengawal keadaan lalu lintas.
Đăng nhận xét